Bagi pasangan selebriti popular, Ayu Raudah dan Zakuan Adha, sungguhpun sudah mempunyai seorang anak, Muhammad Aisy Qaiser, mereka tetap teruja menunggu kehadiran cahaya mata kedua.

Baik Ayu ataupun Zakuan, kedua-duanya mempunyai keinginan yang sama iaitu mempunyai anak seramai mungkin. Menurut Ayu, jantina anak yang sedang dikandungkannya ini telah dikenal pasti dan ia adalah bayi lelaki. Walaupun inginkan anak perempuan kerana yang pertama adalah lelaki namun kedua-dua pasangan ini tetap bersyukur dan menerima seadanya. Apa yang penting, kandungannya itu berada dalam keadaan sihat.

“Kami berdua memang mahukan anak ramai barulah meriah sikit. Bila tiba Hari Raya, mesti rumah kami penuh dan meriah. Lagipun bila anak ramai ini, tidaklah sunyi sangat dan apabila kami sudah tua nanti, mereka boleh menjaga kami,” kata Ayu sambil mengusap perutnya.

Sementara itu juga, menurut Ayu seperti anak pertama dulu apabila disahkan hamil, dia akan segera memperlahankan aktiviti lakonannya. Begitu juga kali ini apabila dia mengambil keputusan berehat daripada sebarang aktiviti lakonan.

“Percaya atau tidak, setelah mempunyai anak saya semakin selesa menjadi seorang suri rumah. Maksud saya, bukanlah suri rumah yang hanya duduk di rumah sepanjang hari tetapi suri rumah yang ada bisnes sendiri. Saya ini bukan jenis yang boleh duduk saja kerana saya jenis yang tidak duduk diam.

Sekarang saya lebih memberi fokus pada perniagaan butik tudung ( Padusi Couture) bersama dengan Che Ta (Rozita Che Wan). Butik kami yang terletak di Subang itulah yang menjadi fokus saya sekarang. Kami bercadang mahu membesarkan lagi perniagaan tersebut. Sampai bila kami mahu mengharapkan pendapatan melalui bidang lakonan. Maklumlah bidang ini bukan selama-lamanya orang berkehendakkan kita,” ujar Ayu.

Sedikit perkongsian cerita runahtangga Ayu Raudhah dan Zakuan Adha, untuk ketahui cerita lebih menarik, anda boleh dapatkan majalah Mingguan Wanita keluaran 1586 yang sudah ada di pasaran. 

Credit : http://mingguanwanita.karangkraf.com/cerita-cover/ayu-raudhah-mahu-anak-ramai-1.268771