Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 15 Mac 2014

Aidil Zafuan, Zarema Zainal sah bergelar suami isteri

15 Mac 2014


Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan telah selamat menjadi suami buat kali kedua apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya, Zarema Zainal pada pukul 10.50 pagi tadi.

Dipetik dari Media Hiburan, majlis akad nikah tersebut telah diadakan di kediaman Zarema di Pandamaran, Klang.

Pasangan mempelai membalas hantaran dengan pihak lelaki memberi 9 dulang hantaran beserta mas kahwin sebanyak RM7,000 yang kemudiannya dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Turut hadir pada hari bahagia pasangan ini adalah pelakon jelita, Nora Danish dan kekasihnya Nedim, Safee Sali dan Shahrul Shiro.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zarema dan yang kedua oleh Aidil di mana sebelum ini dia pernah berkahwin dengan dramatis popular, Rita Rudaini sebelum bercerai Ogos tahun lalu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...