Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 6 Ogos 2013

Hormati Ramadhan & Syawal, Aidil Zafuan Enggan Ulas Penceraian

06 Ogos 2013

Walaupun telah disahkan oleh bekas isterinya sendiri mengenai SMS cerai yang dihantar olehnya, Aidil yang ditemui oleh Utusan Malaysia enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. Tindakan berdiam diri ini diambil oleh Aidil sebagai langkah menghormati bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi.
aidil zafuan
Kata Aidil:-
Saya tidak akan kata ‘ya’ atau ‘tidak’ sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti. Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika diselesaikan di mahkamah nanti.
Kalau betul nak menghormati bulan Ramadhan dan Syawal, sepatutnya Aidil fikir 5,6 kali dulu sebelum menceraikan Rita. Tak ke gitu? Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu buat kesekian kalinya perbicaraan kes pasangan ini di mahkamah kelak. Semoga kali ini, kesemuanya akan dapat diselesaikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...