Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 5 Ogos 2013

Cerai? Tunggu di mahkamah - Aidil Zafuan

05 Ogos 2013

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26 meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu mengenai lafaz cerai yang dibuat terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini, 36.
"Saya tidak akan kata 'ya' atau 'tidak' sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti," kata Aidil kepada Utusan Online.
Menurut pemain bolasepak kebangsaan itu, dia memilih enggan mengulas mengenai cerita 'cerai' sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.
"Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika diselesaikan di mahkamah nanti," kata Aidil yang mempunyai dua anak dengan pelakon berkenaan semenjak bernikah di Thailand pada Februari 2008.
Pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Aidil dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Rita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) lewat malam tadi setelah berlaku perang SMS antara mereka.
Perang SMS antara mereka dikatakan bermula ekoran berita tentang kemesraan lelaki itu dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal telah disiarkan melalui akhbar sebelum ini.
Isu rumah tangga pasangan selebriti ini berlangsung hampir dua tahun, semenjak Aidil memilih untuk keluar dari rumah kelamin mereka pada hujung 2011. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130805/hi_01/Cerai-Tunggu-di-mahkamah---Aidil-Zafuan#ixzz2b5aOBcgG 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...