Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 27 Jun 2013

Harimau Selatan tempang

27 Jun 2013

Mohd. Aidil (kanan) tidak dapat beraksi menentang Felda United malam ini selepas dilayangkan kad merah ketika bertemu Singapura, Sabtu lalu.
SINGAPURA - Selepas gagal mengatasi Lions XII dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, kelmarin Fandi Ahmad masih kecewa apabila pengadil perlawanan melayangkan enam kad kuning dan satu merah kepada anak-anak buahnya.
Tegas Fandi, tindakan Zamzaidi Katimin melayangkan kad merah kepada Aidil Zafuan dan enam kad kuning kepada Safiq Rahim, Safee Sali, Nurul Azwan Roya, Mohd. Farid Ramli, Muhammad Nazri Ahmad serta Andre Francisco adalah sesuatu yang mengejutkan.
Katanya, lebih separuh daripada kesebelasan utama Johor DT terpaksa direhatkan dalam aksi menentang Felda United, Selasa ini, sekali gus merencatkan misi mereka untuk menjuarai Liga Super. Hanya Mohd. Farid yang berpeluang diturunkan kerana mengutip satu kad kuning.
“Ini adalah keputusan yang mendukacitakan. Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai pengadilan tetapi saya pasti, sesiapa yang menonton perlawanan malam tadi tahu untuk menilainya.
“Ia benar-benar memusnahkan pasukan ini. Aidil Zafuan tidak sepatutnya dilayangkan kad merah kerana bentes yang dilakukannya terhadap Irwan Shah adalah bersih dan adil," katanya dalam nada yang begitu kecewa.
Beliau berkata, ‘kehilangan’ enam pemain pada perlawanan yang akan datang menggusarkan, ditambah pula Felda United begitu terdesak mahukan kemenangan untuk menjauhi zon penyingkiran.
Menurut Fandi, apa yang dilalui pasukan bimbingannya seolah-olah menyekat peluang skuad Harimau Selatan untuk memintas Lions XII yang kini empat mata memisahkan mereka.
Lebih mengecewakan, tambah bekas pemain kebangsaan Singapura itu, pada 10 minit pertama perlawanan, tiada seorang pun pemain skuad Singa dikenakan kad sama ada kuning atau merah sedangkan mereka ada mengasari pemain Johor DT.
“Saya akan menyerahkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) mengendalikan isu ini dan kami akan merayu kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk mempertimbangkannya terutama kad merah yang dikenakan terhadap Aidil Zafuan.
“Saya begitu berharap Aidil Zafuan boleh bermain ketika menentang Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini," katanya.
Beliau berharap pemain-pemain simpanan dapat menggalas cabaran bagi mengharungi tiga lagi baki perlawanan Liga Super.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130625/su_03/Harimau-Selatan-tempang#ixzz2XQP8Arsa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...