Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 27 Jun 2013

Bakar semangat Johor DT

27 Jun 2013


AIDIL (tengah) tidak dapat beraksi menentang Kelantan Sabtu ini kerana menjalani penggantungan dua perlawanan.


"ALANG-ALANG menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."
Itu mesej yang mahu disampaikan tonggak pertahanan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.
Selepas sah tidak dapat beraksi Sabtu ini kerana menjalani penggantungan dua perlawanan, Aidil tampil membakar semangat Harimau Selatan biarpun dia sekadar berada di tempat duduk penonton nanti.
"Saya akui memang sangat sedih kerana tidak dapat beraksi di pentas final Piala FA tahun ini. Ikutkan hati, saya mahu beraksi tetapi apa nak buat, semua sudah terjadi. Saya akur dengan keputusan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia).
"Mana-mana pemain profesional pasti kecewa sekiranya tidak dapat beraksi pada saingan final, lebih-lebih lagi ia merupakan aksi final pertama saya bersama Johor DT.
"Bagaimanapun, saya tetap yakin rakan-rakan sepasukan mampu mempamerkan persembahan terbaik, seterusnya menjuarai Piala FA musim ini," kata Aidil ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kelmarin, Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan Aidil bersalah ekoran kad merah yang diterimanya ketika menentang Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.
Akibat kad merah yang diterimanya itu, pemain berusia 26 tahun itu secara automatik dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan.
"Suasana perlawanan akhir amat berbeza dengan perlawanan-perlawanan biasa. Kita tahu bahawa bukan semua pemain Johor DT mempunyai pengalaman seperti itu.
"Saya pernah merasainya ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini.
"Kelantan memang sebuah pasukan yang tidak asing lagi di pentas final dan ia sudah pasti memberikan sedikit kelebihan kepada gergasi Pantai Timur itu.
"Namun, nasihat saya kepada rakan-rakan sepasukan, mereka harus sentiasa mengikut arahan taktikal daripada jurulatih (Fandi Ahmad).
"Jangan terlalu yakin dan jangan terlalu takut. Biarpun kami memiliki rekod yang baik ketika menentang Kelantan dalam saingan Liga Super, ia tidak boleh dijadikan ukuran kerana suasana final adalah berbeza," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2XQMjfwPX 
Hakcipta terpelihara 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...