Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 31 Mac 2013

Tahniah! Ayu Raudhah-Zaquan Dapat Baby Boy

31 March 2013

Tahniah! Ayu Raudhah-Zaquan Dapat Baby Boy

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2013: Bukan pelakon dan pengacara Irma Hasmie dengan suaminya, Redza Syah Azmee saja yang tengah bahagia apabila dikurniakan cahaya mata sulung mereka pada awal pagi ini.

Sebaliknya, pelakon, Ayu Raudhah dengan suaminya, Zaquan Adha turut merasakan yang sama apabila cahaya mata sulung mereka telah selamat dilahirkan di Hospital Columbia Asia, Johor Bahru pada jam 2.17 petang tadi.

Malah seperti berjanji Irma Hasmie dengan Redza Syah Azmee serta Ayu Raudhah- Zaquan Adha untuk sama-sama mendapat anak lelaki. Satu kebetulan yang sangat menarik cuma waktu bayi mereka dilahirkan saja yang berbeza.

Apapun Zaquan berkata, dia berasa sangat teruja dan bersyukur apabila kelahiran bayi itu telah berjalan dengan lancar.

"Ayu berada dalam keadaan sihat dan baby juga sihat. Saya ada bersama Ayu dari awal sampai baby dilahirkan. Setakat ini, nama untuk baby belum ada lagi," katanya kepada murai.com.my.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...