Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 27 Mac 2013

Rita Rudaini Berhak Tidak Turuti Arahan Aidil Zafuan

27 March 2013

Rita Rudaini Berhak Tidak Turuti Arahan Aidil Zafuan


KUALA LUMPUR, 27 MAC 2013: Menerusi kisah rumahtangga Rita Rudaini-Adil yang dilaporkan pihak media, ramai pihak berpendapat bahawa pelakon cantik ini perlu mengikut arahan suaminya itu selagi meraka sah bergelar suami isteri.

Pun begitu, Rita yang kini menjalankan perniagaan produk kecantikan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu lagi megikut kata suaminya itu. 

"Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya. 

"Pun begitu, sekarang ini Rita rasa sangat terkilan. Pada waktu bersama, Rita telah meletakkan perkara yang paling Rita sayang iaitu berlakon di tangga yang ketiga semata-mata kerana perkahwinan. 

"Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan dissapointed," katanya ketika dihubungi murai.com.my. 

Menjelaskan mengenai tuduhan tidak mengikut arahan suami, Rita berkata, apa yang dia lakukan kini adalah demi anak-anak yang disayangi. 

"Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam. 

"Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak," jelasnya. 

Sementara itu, Rita menerima hakikat bahawa perlu berusaha lebih demi sesuap nasi keluarganya. 

"Saya kena terima ketentuan pada diri saya. Saya bukan saja cari makan untuk masuk mulut saya saja. Saya juga kena cari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Sebab itulah saya kena cari benda yang boleh mendatangka rezeki untuk saya anak-beranak," ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...