Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 25 Mac 2013

Rita: Jangan Komen Kalau Tidak Tahu Kisah Rumahtangga Saya!

26 March 2013

Rita: Jangan Komen Kalau Tidak Tahu Kisah Rumahtangga Saya!


KUALA LUMPUR, 25 MAC 2013: Pelakon Rita Rudaini menegaskan bahawa pendedahannya mengenai permintaaan suaminya, Aidil Zafuan yang melarangnya berlakon dengan seorang pelakon lelaki dari Singapura sedikit hari dulu merupakan sebuah kisah lama yang berlaku di antara mereka suami isteri. 

"Perkara tersebut adalah benda yang lama yang berlaku di antara saya dengan Aidil. Dulu pun saya pernah cakap pasal masalah ini. Tolonglah jangan diungkit lagi kisah lama saya itu. 

"Kepada orang yang tidak tahu apa-apa tentang kisah masalah rumahtangga saya, saya berharap janganlah berikan komen yang sebarangan. Sesungguhnya, komen anda itu telah mengeruhkan keadaan saya yang sudah sedia keruh. 

"Saya memang mengaku Aidil tidak izinkan saya berlakon dengan beberapa pelakon. Namun, ia tidak berlaku sekarang ini," katanya kepada murai.com.my. 

Meneruskan penjelasan, Rita tidak lagi mempedulikan larangan itu selepas Aidil telah meninggalkan dirinya selama lebih setahun. 

"Selepas dia tinggalkan rumah, saya jalankan hidup saya seperti biasa. Jadi, saya boleh berlakon dengan sesiapa saja sekarang ini. Kalau saya tidak berlakon, bagaimana saya nak cari makan untuk sara hidup anak-anak saya. 

"Mengenai pengakuan saya sebelum ini, saya lihat ada yang pandai-pandai berikan komen dan meletakkan nama pelakon. Saya minta lebih baik tidak payah komen kalau tidak tahu pucuk pangkal cerita. Kerana ia akan berikan masalah kepada saya yang sedang menghadapi masalah," ujarnya. 

Dalam pada itu, Rita Rudaini turut memaklumkan bahawa peguamnya turut menasihatkannya agar tidak memberikan sebarang komen yang berkaitan dengan isu mahkamah. 

"Lawyer saya berpesan agar jangan sentul pasal mahkamah. Itu semua mahkamah punya prosedur. Sekarang ini, kalau orang tanya Rita dan kalau Rita tak jawab, orang tetap akan mendapat tahu juga. 

"Saya tidak boleh bersembunyi kerana saya adalah hak masyarakat. Saya kena bagi tahu pada public. Kalau tidak cakap pun, nanti di mahkamah segalanya terbongkar juga. Saya kena adil dengan semua orang. 

"Suatu masa nanti memang saya kena buka mulut juga untuk menjelaskan segalanya dari awal hingga akhir. Macam isu pelakon ini. saya tengok ada orang yang cuba melagakan-lagakan saya dengan Adi Putra. Jadi, saya perlu berterus terang, saya tidak ada masalah pun dengan dia. Saya bebas berlakon dengan sesiapa saja," jelasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...