Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 12 Mac 2013

Irfan puas aibkan Johor DT

12 March 2013 (11 March 2013)


PENYERANG Selangor, Mohd. Amri Yahyah (tengah) dihadang dua pertahanan Johor Darul Takzim, Kamarul Afiq Kamarudin (kiri) dan Aidil Zaquan dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Mereka bukan sahaja berjaya mengalahkan pasukan bintang, Johor Darul Takzim, malah mencatat kemenangan besar 4-1 walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Itulah semangat luar biasa yang ditunjukkan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam kelmarin.
Kemenangan itu membuatkan pengendali Red Giants, Irfan Bakti Abu Salim menarik nafas lega selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan terakhir.

"Malam ini kemarau jaringan sudah berakhir buat Selangor tetapi saya tidak menjangka kami mampu menjaringkan empat gol dalam usaha untuk mencari tiga mata penuh di gelanggang sendiri," kata Irfan.
Selangor yang mendapat sokongan 40,000 penyokong setia memberi tekanan kepada pelawat apabila mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Begitupun, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan import, Peter Chrappan menerima kad kuning kedua di minit ke-56.

"Kemenangan ini membolehkan kami terus bertapak di atas liga. Antara kekuatan kami mungkin kerana saya dapat mengumpul semua pemain dalam satu pasukan, sukar untuk memperoleh kesemua 18 pemain dalam masa yang sama.

"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pemain kerana dapat mencatat kemenangan di tempat sendiri dan mengutip mata penuh ke atas pasukan Johor DT," katanya.

Selain Chrappan, Selangor juga bakal kehilangan seorang lagi tonggak pertahanan, Asraruddin Putra Omar yang sudah memungut tiga kad kuning.

Namun, dia masih mempunyai masa yang lama untuk mengatur semula pasukannya.

"Kita akan berehat panjang selepas ini, 29 Mac baru menyambung semula saingan Liga Super menentang Felda Unied, jadi saya boleh atur kembali siapa yang akan mengisi kekosongan tersebut. Kita masih mempunyai pemain seperti Fairuz Abdul Aziz dan Bunyamin Omar.

"Perjalanan liga masih panjang namun kita harus menang dan mengutip seberapa banyak mata yang mampu, kerana sekarang ini hanya dibezakan dengan jumlah jaringan dengan pasukan tangga teratas liga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130311/su_07/Irfan-puas-aibkan-Johor-DT#ixzz2NJjTA2TO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...