
Aktres cantik, Ayu Raudhah yang juga isteri kepada pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim, Zaquan Adha telah mengesahkan yang dirinya bakal melahirkan bayi lelaki pada 29 Mac ini di Hospital Columbia Asia, Nusajaya, Johor.
Memandangkan ini adalah pengalaman pertama Ayu Radhah menimang cahaya mata, oleh itu pelakon ini akui perasaannya kini bercampur baur antara teruja dan takut.
Alhamdulilah, saya dan kandungan sihat dan sekarang hanya tunggu hari untuk saya melahirkan anak sahaja. Ketika doctor scan pun, bayi berada dalam keadaan sihat dan jantinanya nampak seperti bayi lelaki.Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.
Dalam pada itu, Ayu turut menyatakan yang dirinya bakal melahirkan bayi secara normal di hospital yang telah dipilih.
Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur. – Murai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan