Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 20 Mac 2013

Adi Putra Saran Rita Rudaini Ikut Cakap Aidil!

20 March 2013

Adi Putra Saran Rita Rudaini Ikut Cakap Aidil!

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2013: Pelakon cantik, Rita Rudaini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa suaminya, Aidil Zafuan pernah menghalangnya untuk berlakon dengan aktor daripada Singapura.

Sungguhpun Rita Rudaini tidak menyatakan siapakah pelakon lelaki berkenaan, namun rata-rata peminat mungkin beranggapan bahawa ianya adalah Adi Putra. Apatah lagi Rita Rudaini asyik saja digandingan dengan Adi Putra kebelakangan ini dan terbaru menerusi drama Sehangat Asmara. 

Apapun, Adi Putra yang kurang ketahui mengenai hubungan Rita dengan suaminya itu menyarankan agar Rita menuruti arahan suaminya. 

"Saya sebenarnya tidak tahu, adakah mereka masih bersama atau pun tidak. Namun, kalau mereka masih sah suami isteri, Rita perlu ikut cakap suaminya itu. Saya tidak tahu apa-apa tentang halangan Aidil yang tidak membenarkan Rita berlakon dengan seorang aktor Singapura. 

"Itu hak Rita. Kalau betul itu permintaan suaminya, Rita perlu ikut cakap. Saya tidak mahu ambil tahu," katanya kepada murai.com.my. 

Menyentuh mengenai isu yang mengatakan peminatnya lebih agresif menyokong kariernya, Adi menegaskan bahawa dirinya adalah milik masyarakat. 

"Saya adalah milik masyarakat. Peminat banyak memberikan dorongan buat saya. Ada peminat beritahu saya bahawa saya adalah anugerah hati untuk peminat walaupun saya tidak menang sebarang anugerah. 

"Keikhlasan yang mereka berikan begitu murni dan jitu. Saya memang tidak nafikan, ada orang kata, rata-rata artis yang sertai road tour Anugerah Bintang Popular boleh menang anugerah. 

"Walaupun saya tidak menang, tiada apa yang perlu saya berkecil hati.Ia tidak mencacatkan saya. Saya masih lagi seorang insan," jelasnya. 

Menyentuh mengenai penglibatannya sebagai teraju utama filem Langgar pula, Adi Putra menyifatkan persetujuan untuk beraksi dalam filem ini lebih kepada pendekatan tanda persahabatan. 

"Sama ada filem itu diarahkan pengarah baru atau pun lama, proses pembikinan filem tetap sama. Ia tiada lebih dan tiada kurang "Apapun, ia berbalik kepada pengalaman. Kejujuran dan keihklasan yang membuatkan saya tertarik untuk melibatkan diri. 

"Kejayaan filem ini bukan terletak kepada lakonan seseorang individu. Sebaliknya ia lebih bergantung pada kerjasama pasukan. Tidak salah untuk saya memberi peluang kepada pengarah baru seperti Sein," ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...