Kes pergolakan rumah tangga antara aktres cantik, Rita Rudaini dan pemain bola, Aidil Zafuan memasuki fasa baru apabila Mahkamah Rendah Syariah Seremban memutuskan agar jawatankuasa pendamai ditubuhkan bagi memberi peluang kedua-dua pihak menyelamatkan rumah tangga mereka. 
 
Sebelum ini, Adil pernah membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah Petaling Jaya namun ditolak. Hari ini Aidil sekali lagi mengulangi hasratnya malah menyatakan kesediaan untuk melafaz cerai pada hari ini. 
 
"Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian," kata Aidil seperti yang dilaporkan Malaysian Digest. 
 
Pun begitu, Rita tidak bersetuju untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka dengan perceraian sambil mengakui masih menyayangi suaminya. 
 
"Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya."
 
Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada