Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 27 Februari 2013

Rita Rudaini: Buktikan Kalau Benar Saya Aibkan Dia (Aidil)!

27 Februari 2013

Rita Rudaini: Buktikan Kalau Benar Saya Aibkan Dia (Aidil)!


KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2013: Dalam laporan akhbar Harian Metro sebelum ini ada menyatakan punca dan sebab utama mengapa Aidil Zafuan tidak lagi menyayangi Rita Rudaini dan memilih untuk berpisah dengan aktres tersebut sepertimana yang dilafazkannya ketika permohonan cerai itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Isnin lalu.

Menurut penyerang bola sepak kebangsaan itu, Rita Rudaini seringkali mengaibkan dirinya menerusi kenyataan yang dibuat aktres berkenaan di dada-dada akhbar setiap kali bergolaknya rumahtangga mereka.
Mengenai pertuduhan yang telah dibuat terhadap aktres kelahiran Perlis itu, Rita nyata tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut. Sebaliknya Rita mahu Aidil menjelaskan bilakah saat,waktu dan ketika yang menunjukkan dia diaibkan aktres tersebut.

Rita Rudaini ketika dihubungi menjelaskan bahawa apa sahaja komen serta kenyataan yang dibuatnya bukan sengaja direka semata-mata untuk mengaibkan suaminya itu. Malah, tidak semua gosip itu datangnya daripada Rita tetapi oleh masyarakat sendiri yang jelas mampu menilai dan akhirnya ia sampai ke telinga aktres tersebut.

"Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya.

"Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya?

"Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT,"ujarnya mengenai tuduhan suami yang mengatakan diaibkan oleh Rita di media tentang kisah rumahtangga mereka.

Dalam pada itu, Rita hanya mahu suami, Aidil Zafuan melunaskan segala tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakannya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Rita turut menambah bahawa kesenangan dan rezeki adalah kurniaan Allah namun ia juga dilihat sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan iman umatnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...