Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 27 Februari 2013

JDT tepati ramalan

27 Februari 2013


Alor Setar: Johor Darul Takzim (JDT) mara ke suku akhir Piala FA menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti 5-4 pada perlawanan dramatik di Stadium Darulaman, malam tadi.
Kedah lebih awal mendahului dengan dua gol Khyril Muhymeen Zambri seawal minit kelapan dan m-21.

Johor DT yang tergamam bangkit dengan serangan bertali arus dan akhirnya Daniel Guiza menjadi wira apabila mengikut kedudukan 2-2 pada m-65 dan 90.
Kedua-dua pasukan gagal mencipta gol pada tambahan masa sebelum penentuan penalti diputuskan.

Di Kuantan, Pahang berpesta gol untuk mara ke suku akhir apabila membelasah Tentera Darat, 7-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Turut layak Terengganu yang menewaskan Pulau Pinang, 3-0, Negeri Sembilan mengenepikan cabaran Pos Malaysia, 2-0 dan Sarawak mengatasi PBAPP, 2-0.
Di Kuala Terengganu pula, pendahulu Liga Perdana, Sime Darby FC mengecewakan T-Team, 1-0 hasil jaringan sendiri Marzuki Yusof pada minit ke-66.

“Walaupun berjaya layak ke suku akhir, saya belum puas hati dengan corak dipamerkan pemain yang kerap hilang fokus terutama pada babak pertama,” kata Jurulatih Ismail Zakaria.
Bagi T-Team, ketumpulan jentera serangan terus menghantui mereka apabila penyerang import, Caleb Folan, sekali lagi gagal memikul tugas dengan berkesan biarpun mempunyai pengalaman luas dalam Liga Ing geris. “Saya kecewa dengan persembahan pemain yang gagal memanfaatkan sekurang-kurangnya enam peluang menghasilkan jaringan,” tegas jurulatih T-Team, Peter Butler yang memberi fokus dalam saingan liga selepas ini.

Bagaimanapun di Kota Bharu, perlawanan membabitkan Kelantan dan PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditunda apabila garisan kotak penalti ‘hilang’ akibat hujan berterusan sejak awal pagi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/27 - See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JDTtepatiramalan/Article/index_html#sthash.AMBgeJkg.dpuf

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...