Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 18 Februari 2013

JDT siap sedia gempur Lions XII

18 Februari 2013



GUIZA (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menentang T-Team pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.


TIGA mata berharga yang diraih Johor Darul Takzim (Johor DT) kelmarin melonjak moral anak-anak buah Fandi Ahmad menjelang pertemuan penting Lions XII di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.
Pada aksi kelmarin, bintang import dari Sepanyol, Daniel Guiza muncul wira apabila meledak gol bagi membantu skuad Harimau Selatan menewaskan T-Team 1-0.
Kemenangan itu sekali gus meletakkan Johor DT di tangga kelima liga dengan merekodkan 11 mata selepas enam perlawanan.
Bagi penolong jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim, beliau menyifatkan kemenangan ke atas T-Team itu sebagai kemenangan yang amat penting menjelang aksi menentang Lions XII.
Katanya, sekalipun JDT gagal mempamerkan permainan terbaik terutama pada babak kedua, namun tiga mata penuh yang diraih kelmarin adalah sesuatu yang berharga.
“Sasaran kami adalah untuk meraih tiga mata penuh apabila beraksi di sini (Larkin) dan kami berjaya melakukannya malam ini (kelmarin).
“Bagaimanapun, masih banyak yang perlu kami perbaiki terutama di jentera serangan yang dilihat banyak mensia-siakan peluang,” kata Ismail.
Ismail turut mengakui, ketiadaan Simone Del Nero yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan sedikit menjejaskan rentak pasukan.
“Dia (Del Nero) adalah tonggak utama pasukan dan banyak membantu dalam menggerakkan jentera tengah.
“Ketiadaannya dalam pasukan mungkin sedikit memberi kesan, namun saya juga tetap percaya dengan kemampuan pemain lain,” ujarnya.
Mengulas mengenai pertemuan menentang Lions XII, Ismail mengakui perlawanan di gelanggang sendiri itu pasti menjanjikan aksi yang sengit daripada kedua-dua pasukan.
“Lions XII kini berada pada prestasi terbaik dan mereka telah buktikan apabila menewaskan Pahang 3-0.
“Jadi kami harus lebih berwaspada sekalipun akan beraksi di gelanggang sendiri,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2LFTR4iId 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...