Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 16 Februari 2013

Fandi buat rombakan layan kunjungan T-Team

16 Februari 2013

Ahmad Tharmini bakal ganti Aidil Zafuan yang terpaksa diketepikan

Johor Bahru: Pemain veteran, Ahmad Tharmini Saiban bakal disenarai dalam kesebelasan utama Johor Darul Takzim (DT) selepas pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak terpaksa diketepikan pada pertembungan menentang T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini. 

Rombakan itu dilakukan oleh pengendali skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad bagi memperkukuhkan benteng pertahanan apabila Aidil Zafuan mengalami masalah di bahagian perut selepas beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Qatar. 


Turut tidak tersenarai dalam skuad itu, kembarnya, Zaquan Adha Abd Radzak yang masih belum pulih dari kecederaan lutut yang dialami pada Disember lalu.

Del Nero bakal turun

Biarpun begitu, berita melegakan buat Harimau Selatan apabila pemain importnya, Simone Del Nero bakal diturunkan untuk menguatkan posisi tengah.

“Selain Ahmad Tharmini, saya juga ada pilihan sama ada menurunkan K Sathiya mengemudi benteng pertahanan bersama Muslim Ahmad. 
“Ahmad Tharmini mempamerkan aksi konsisten ketika diturunkan dalam perlawanan persahabatan dan tidak mustahil jika dia diberi kepercayaan membentuk benteng yang ampuh,” katanya semalam.

Fandi waspada 2 import

Fandi berkata, sejak saingan Liga Super bermula, beliau belum lagi dapat menurunkan kesebelasan pemain terbaik tetapi lega apabila Del Nero sudah bersedia selepas cergas sepenuhnya sekali gus memberi nafas baru buat Johor DT untuk buru kemenangan di laman sendiri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...