Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 21 Februari 2013

Aidil Zafuan Nafi Mahu Kahwini Zarema, Tuduhan Rita Rudaini Tak Berasas

21 Februari 2013


Ingat tak lagi dengan entri “ Mungkin Aidil Mahu Kahwini Zarema Zainal Selepas Ceraikan Saya ” yang dikeluarkan di sini baru-baru ini? Hari ini Aidil tampil di Berita Harian untuk menafikan perkara tersebut dan menyatakan tuduhan Rita Rudaini adalah tidak berasas.
rita aidil zarema Namun begitu, Aidil tidak menafikan yang dia mengenali Zarema setelah diperkenalkan oleh abang Zarema yang merupakan pengurus pasukan ATM. Kata Aidil:-
Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbulnya cerita kononnya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi. Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarganya yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumahnya tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa.
zarema baru
Aidil juga turut menafikan dakwaan yang Zarema menggunakan kereta miliknya seperti yang ditulis menerusi sebuah email yang dikirim kepada Rita Rudaini. Menurut Aidil, dia sentiasa menggunakan kereta tersebut dan tak mungkin Zarema memandunya. Kata Aidil:-
Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak guna kereta saya sedangkan dia anak orang berada. Dia mampu memiliki apa jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai mahu pakai kereta saya.
zarema baru
Ada logiknya juga kata-kata daripada Aidil ini kan? Kalau dah kaya, baik pakai kereta sendiri daripada pinjam kereta orang lain. Macam-macam betul cerita rumahtangga Aidil dan Rita ini. Nampak gaya macam lebih elok masing-masing berpisah daripada timbul pelbagai lagi kontroversi selepas ini. Apa kata anda?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...