Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 21 Februari 2013

Aidil Zafuan Nafi Bakal Kahwin Zarema, Tuduhan Rita Rudaini Tidak Berasas

21 Februari 2013


Hujung minggu lalu, Rita Rudaini tampil dalam sebuah akhbar mendakwa yang suami’nya, Aidil Zafuan bakal berkahwin lain selepas menceraikan dirinya pada 25 Februari ini.
Hari ini, melalui Berita Harian pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu telah tampil menafikan tuduhan tidak berasas yang di’lemparkan isterinya baru baru ini.
“Saya mengaku saya mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita konon’nya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami ada berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi”
“Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa,” tambah Aidil Zafuan.
Aidil Zafuan juga pelik kenapa isterinya itu tidak bertanya sendiri kepada dirinya tentang hal ini & menganggap Rita Rudaini sengaja menimbulkan isu menjelang sebutan kes cerai di mahkamah Isnin ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...