Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 26 Februari 2013

Aidil Dah Tak Sayang, Rita Rudaini Enggan Cerai

26 Februari 2013

 Aidil Dah Tak Sayang, Rita Rudaini Enggan Cerai

SEREMBAN, 26 FEB 2013: Pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan telah berterus terang di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam, bahawa dia sudah tidak menyayangi isterinya lagi, aktres Rita Rudaini, 37.

Pengakuan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, itu dibuat ketika prosiding perceraian pasangan tersebut tatkala dia menjawab soalan dari hakim ketika ditanyakan sama ada masih lagi menyayangi isterinya.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, soalan sama ditanyakan kepada Rita dan meskipun mengakui masih menyayangi suaminya, aktres itu sebaliknya bertanyakan pula apa salahnya sehinggakan berlaku keretakan rumah tangga yang menyebabkan Aidil keluar rumah sejak setahun yang lalu.

Pemain pertahanan itu kemudiannya mendakwa Rita pernah dua kali meminta cerai sepanjang tempoh perkahwinan mereka, namun perkara itu dinafikan Rita. Rita berkata jika betul dia pernah meminta cerai, kenapa tidak diceraikan sahaja? Aktres itu juga mengakui masih menyayangi Aidil selagi dia bergelar suami padanya dan enggan bercerai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 8 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Aidil yang ditemui selepas prosiding kemudiannya memberitahu media yang dia sudah tidak ada harapan dan jalan untuk bersama Rita. Aidil juga turut mempertikaikan kenyataan Rita yang mengatakan dia masih menyayangi dirinya sedangkan Rita pernah memberitahu sebuah akhbar yang dia sudah tidak menyayangi Aidil.

"Saya buat keputusan untuk berpisah secara baik, kalau saya jahat, sudah lama saya lepaskan dia... Perkahwinan ini sudah tidak dapat diteruskan lagi," katanya lagi.

Kemelut pasangan ini tidak berkesudahan sejak mereka melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Thailand pada Februari 2008.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...