Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 16 Januari 2013

Sama kuat

16 Januari 2013 


Penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) cuba melarikan bola biarpun diasak keras pemain pertahanan Kelantan, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim pada aksi Liga Super 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kedua-dua pasukan terikat 1-1. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU - Kelantan kempunan untuk meraih mata penuh di gelanggang sendiri apabila diikat Johor Darul Takzim 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Muhammad IV, semalam.

Beraksi penuh semangat, kedua-dua pasukan memperagakan aksi menarik sepanjang 90 minit permainan dengan saling melakukan serangan bertali arus.

Kelantan mempunyai peluang terbaik untuk memecahkan kebuntuan seawal minit ke-11, namun rembatan tonggak importnya Keita Mandjou berjaya dinafikan oleh penjaga gol Johor Darul Takzim, Mohd. Zamir Selamat.

Selang empat minit kemudian, giliran pasukan Harimau Selatan menguji keampuhan benteng Kelantan, namun sepakan gunting yang dilakukan oleh penyerang pinjaman Pelita Jaya FC, Safee Sali hampir menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat sehingga memaksa ketua jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad mengeluarkan bintang import mereka Simone Del Nero dan memasukkan Zaquan Adha Abd. Radzak.

Percaturan tersebut bagaimanapun gagal membuahkan hasil, sebaliknya tuan rumah berjaya meledakkan gol pertama mereka menerusi Nor Farhan Mohammad pada minit ke-37 .

Nor Farhan melakukan gerakan solo dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan kencang dari jarak 30 meter yang sama sekali gagal diselamatkan oleh Mohd. Zamir.

Tuan rumah terus menggadakan asakan mencari gol, namun dengan kegagalan barisan penyerang mereka yang diketuai Keita Mandjou memanfaatkan setiap peluang terhidang, menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama.

Terdesak mencari jaringan penyamaan, pelawat akhirnya memasukkan penyerang termahal mereka, Daniel Guiza bagi menggantikan pemain sayap lincah Nurul Azuan Roya pada minit ke-51.

Pun begitu, Kelantan terus mendominasi perlawanan menerusi dua peluang terbaik masing-masing yang hadir pada minit ke-59 dan 61 menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Badhri Radzi, namun terus buntu menambah jaringan.

Guiza akhirnya membalas kepercayaan jurulatihnya apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 menerusi sepakan percuma cantik yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130116/su_01/Sama-kuat#ixzz2I8mUzpbw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...