Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 17 Januari 2013

Safiq tiada dalam senarai pemain Raja

17 Januari 2013 


Kuala Lumpur: Selepas pemilihan pemain skuad kebangsaan AFF 2012 dipertikai ramai pihak, ketua jurulatih Datuk K Rajagobal membuat tindakan drastik dengan menyingkirkan tujuh pemain skuad asal termasuk kapten, Safiq Rahim bagi persiapan perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2013 di Doha Qatar bulan depan.
Daripada 26 pemain yang disenaraikan bagi mengikuti latihan pusat dan pemilihan bermula 26 Januari ini, pengendali negara itu memanggil semula 10 pemain yang diketepikan sebelum ini termasuk tonggak Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad dan Mohd Ashari Samsudin dari Terengganu serta penyerang Pahang yang meledak tiga gol dalam tiga perlawanan Liga Super setakat ini, Muhammad Fauzi Rozlan.

Bagaimanapun apa yang menarik untuk diperkatakan adalah ketiadaan pemain tengah Safiq dalam skuad Harimau Malaya yang kini mengetuai pasukan Johor Darul Takzim musim ini.
Prestasi Safiq bersama pasukan berbelanja besar, Harimau Selatan itu nampaknya gagal memikat hati Rajagobal yang mahu melakukan sedikit rombakan selepas kegagalan mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 bulan lalu.

Safiq dilayangkan kad merah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Jalan Besar pada 2011 yang menyebabkannya digantung untuk perlawanan menentang Qatar.

Tanpa Safiq, lilitan di lengan bakal diserahkan kepada penyerang Mohd Safee Sali ataupun pemain pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak yang pernah memikul tugas selaku kapten dalam perlawanan bersama skuad kebangsaan sebelum ini.
Selepas menjalani latihan pusat selama tiga hari di Wisma FAM Kelana Jaya, skuad kebangsaan akan berlepas ke Dubai untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Iraq pada 31 Januari sebagai persiapan mengharungi perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015 dengan Qatar pada 6 Februari di Doha.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/17

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...