Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 26 Januari 2013

Rajagobal terdesak cari penggempur

27 Januari 2013 (26 Januari 2013 )


Di sebalik rasa terkilan dengan masalah kecederaan pemain dalam skuad kebangsaan, pengurus Datuk Seri Subahan Kamal tetap yakin barisan pemain yang bakal menjalani latihan pusat bersama ketua jurulatih Datuk K Rajagobal (gambar) bermula hari ini mampu membentuk skuad mantap bagi mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar 6 Februari ini.
Antara pemain yang berada dalam senarai kecederaan ketika ini adalah K Gurusamy, Mohd Bunyamin Omar dan Mohd Nor Farhan Muhammad hingga memaksa pengendali negara memanggil dua lagi pemain Abdul Shukur Jusoh dan Mohd Fitri Omar dalam skuad 26 pemain itu.

Terbaru dikhabarkan penyerang utama Mohd Safee Sali mengalami kecederaan pada sesi latihan Johor Darul Takzim dan Rajagobal membuat keputusan saat akhir memasukkan pemain berpengalaman dari Selangor, Mohd Amri Yahyah semalam.
Namun Subahan yang dihubungi Arena Metro meredakan perkhabaran kurang baik buat skuad kebangsaan itu dengan menyatakan kehadiran Amri tiada kaitan dengan kecederaan Safee.

“Saya difahamkan Safee mengalami kecederaan tapi Amri memang dalam perancangan kami. Dia memiliki pengalaman luas dan boleh beraksi di posisi penyerang dan tengah. Jurulatih pada mulanya mahu memanggil Amirulhadi Zainal yang cemerlang beraksi dengan Pahang musim ini tapi malangnya dia kini mengalami kecederaan hamstring.

“Memang saya terkilan dengan masalah kecederaan beberapa pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan kali ini tapi ini tidak boleh dijadikan alasan kerana saya harapkan pemain lain yang diberi peluang tidak mengecewakan,” katanya.
Selepas menjalani latihan pusat tiga hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, skuad Harimau Malaya berlepas ke Dubai bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Iraq pada 31 Januari.

Mereka kemudian akan berlepas ke Doha bagi menghadapi misi sebenar menentang Qatar pada pusingan kelayakan Kumpulan D Piala Asia 2015.
Bagi Subahan yang juga Naib Presiden FAM, beliau mengharapkan semua pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam dua perlawanan menentang pasukan handalan negara Teluk itu.

“Iraq bekas juara Piala Asia 2007, lawan yang kami anggap kuat dan mereka akan menjadi persiapan terbaik untuk skuad negara sebelum berdepan Qatar,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/26

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...