Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 12 Januari 2013

Hanya satu gol

12 Januari 2013


Hanya kemenangan tipis 1-0 mampu diraih Johor Darul Takzim tatkala berdepan sembilan pemain Perak sepanjang babak kedua pada saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam tadi.
Apapun ia cukup memadai untuk meraih tiga mata pertama selepas kecundang 2-3 kepada Pahang, Selasa lalu.

Jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad yang kecewa dengan kekalahan perlawanan pertama pantas menukar strategi dengan menurunkan Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Faizal Mansor di posisi pertahanan untuk bergandingan dengan Muslim Ahmad dan Azmi Muslim yang melengkapkan barisan kubu pertahanan skuad Harimau Selatan. Percubaan skuad Harimau Selatan hadir seawal minit ke-10 selepas sepakan sudut kapten pasukan, Syafiq Rahim disudahkan dengan tandukan Aidil Zafuan, namun melepasi palang gol skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah.
Seakan-akan terdesak mencari gol, Perak terus membalas asakan hingga mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti selepas pemainnya dikasari pertahanan Harimau Selatan. Tendangan pemain import, Rafael Souza Silva Novais bagaimanapun berjaya dihalang benteng yang dibina pertahanan tuan rumah. Bagaimanapun, pada hujung separuh masa pertama, skuad Seladang terpaksa beraksi sembilan pemain apabila Khairi Kiman dan Mohd Hisyamudin Md Shaari dilayangkan kad merah oleh pengadil, Syed Azhar Syed Kamar pada minit ke-38 dan minit ke-44 selepas kedua-dua pemain itu mengutip dua kad kuning.

Nyata gandingan kapten pasukan, Syafiq dan Aidil Zafuan pada babak kedua memberi kesan apabila jaringan tunggal perlawanan itu hadir pada minit ke-48 selepas hantaran lintang Syafiq ditanduk kemas pemain pertahanan kanan itu untuk menewaskan penjaga gol Perak, Mohd Farizal Marlias.

Kemasukan penyerang Safee Sali pada minit ke-55 nyata memberi kelebihan kepada skuad kendalian Fandi yang bertahan hingga akhir perlawanan di depan kira-kira 30,000 penyokong.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/12

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...