Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 19 Januari 2013

Fandi gembira keserasian anak buah

20 Januari 2013


JOHOR BAHRU - Pasukan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang, Johor Darul Takzim kini sudah menemui rentak dan dan menunjukkan perkembangan positif sebagai satu pasukan.

Ketua jurulatihnya, Fandi Ahmad menyifatkan anak buahnya berjaya menunjukkan persembahan yang meyakinkan sepanjang menentang ATM di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin, yang berkesudahan seri 2-2.

Menurut Fandi, pasukannya menamatkan perlawanan dengan begitu baik buat pertama kali berbanding tiga aksi yang diharungi dalam saingan Liga Super sebelum ini.

"Biarpun sudah ketinggalan, mereka kembali bangkit dan terus menunjukkan semangat juang yang tinggi. Pencapaian terbaik ditunjukkan mereka dan saya berharap setiap pemain akan meneruskan kecemerlangan sama untuk aksi akan datang.

"Pada perlawanan menentang ATM, kita sudah bazirkan dua mata kerana sepatutnya tiga mata penuh mampu dikutip. Jelas sekali kita mendominasi pada babak kedua permainan dengan beberapa peluang menambah jaringan tetapi gagal," katanya.

Johor Darul Takzim sebelum ini tewas 2-3 kepada Pahang di Kuantan sebelum menang tipis ke atas Perak 1-0 di tempat sendiri, diikuti seri 1-1 ketika berdepan Kelantan di Kota Bharu.

Pada aksi menentang ATM, skuad Harimau Selatan itu bermula agak perlahan sehingga membenarkan lawan mendahului seawal minit kelima, namun mereka tidak panik sebaliknya bangkit menguasai perlawanan.

Hasilnya, Johor Darul Takzim menyamakan kedudukan pada minit ke-17 menerusi pemain import, Daniel Guiza sebelum skuad kendalian B. Sathianathan menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 menerusi sepakan percuma Irwan Fadly Idrus.

Tuan rumah terus mengasak dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Norshahrul Idlan Talaha.

"Tidak dinafikan, pemain memberi satu aksi yang menghiburkan kerana kita tidak terlalu ingin bertahan, namun kita tidak boleh berterusan memberi permainan begitu. Kita perlu jaringkan gol dan perlu mencapai kemenangan," ujarnya.

Skuad Harimau Selatan itu bakal bertemu Selangor PKNS pada perlawanan seterusnya di Stadium Shah Alam pada 22 Januari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130120/su_04/Fandi-gembira-keserasian-anak-buah#ixzz2IV2RDkAz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...