Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 2 Disember 2012

Terkam Thailand!

03 Disember 2012


pix_gal0
Rajagobal yakin mampu saingi anak buah Winfried Schafer

Kuala Lumpur: Selepas berjuang habis-habisan dalam kemenangan 2-0 ke atas Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, anak buah Datuk K Rajagobal mahu mengulangi kejayaan menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF dua tahun lalu, dengan tekad untuk menumbangkan Thailand pada separuh akhir pertama di gelanggang sama Ahad ini. 

Namun bagi Rajagobal, misi mempertahan kejuaraan selalunya jauh lebih sukar kerana pasukan lain, terutama Thailand yang dikecewakan pada peringkat kumpulan dua tahun lalu, kini antara pasukan paling mantap. 
“Realitinya, Thailand tahun ini cukup berbeza corak permainan mereka,” kata Rajagobal. “Mereka lebih kuat, pantas dan bermain sebagai satu unit. Ini hakikat yang perlu kita terima. 


“Namun pasukan kita juga mempunyai kemampuan untuk mengejutkan mereka, seperti yang dilakukan kepada Vietnam dua tahun lalu pada aksi separuh akhir. Cuma saya perlu memastikan setiap pemain mendapat rehat secukupnya dan kembali cergas untuk latihan dalam tempoh seminggu ini.”

Menurut Rajagobal, selepas tiga perlawanan dalam tempoh seminggu, pemain agak keletihan malah prestasi beberapa pemain senior antaranya Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim tidak mencapai tahap sebenar pada perlawanan ketiga kelmarin.

“Saya harapkan dalam sehari dua ini, kami akan mendapat kembali skuad penuh apabila S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri pulih daripada kecederaan,” katanya yang merehatkan dua pemain itu pada perlawanan menentang Indonesia.

Rajagobal turut mengharapkan, gandingan mantap Mahalli Jasuli dan Wan Zack Haikal Wan Nor, serta prestasi cemerlang pemain sayap, Azamuddin Akil yang meledak gol pertama negara kelmarin, berterusan pada saingan kalah mati nanti. 
Walaupun tewas 2-0 kepada Thailand pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum kejohanan bermula, Rajagobal yakin prestasi pasukannya tidak jauh berbeza dengan lawan berkenaan. “Tidak ada pasukan pilihan pada separuh akhir nanti, kedua-duanya setanding. Saya yakin semangat serta moral pemain negara kini berada di kemuncak untuk terus meraih kemenangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...