Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 16 Disember 2012

Schafer pandang remeh keputusan pengadil

17 Disember 2012 (16 Disember 2012)


Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak (kiri) mengasak pemain Thailand, Teerasil Dangda pada perlawanan di Bangkok, kelmarin.

BANGKOK - Jurulatih Thailand, Winfried Schafer memandang remeh insiden pemain pertahanan kebangsaan Mohd. Fadhli Shas yang dilayangkan kad merah ketika Malaysia kalah 0-2 pada separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di sini, kelmarin.

Ketika peminat tempatan berang dengan insiden pada minit ke-43 itu, yang jejaskan rentak pasukan Malaysia, jurulatih dari Jerman itu memberikan jawapan yang sarkastik.

"Saya tidak tahu insiden itu... sama ada ia mengubah rentak perlawanan Malaysia...entahlah, saya tidak pasti tetapi pasukan kami beraksi baik.

"Kenapa anda tidak bertanyakan soalan yang sama semasa di Kuala Lumpur (separuh akhir pertama) mengenai sikap pengadil ketika saya dibuang padang, " katanya.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu, Schafer diarah meninggalkan padang oleh pengadil dari Iran, Torki Mohsen Ramezanali pada minit ke-81 kerana Schafer dikatakan membantah keputusan pengadil.

Ini menyebabkan Schafer tidak dibenarkan berada bersama pemain di bangku simpanan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai kelmarin.

Tambah beliau, kejayaan menyingkirkan Malaysia kelmarin memberikan petanda bahawa Piala Suzuki AFF 2012 bakal menjadi milik Thailand.

Menurutnya, dia dapat merasakan Thailand mampu menamatkan kemarau kejuaraan selepas 10 tahun.

"Saya sudah boleh membayangkan yang trofi Piala Suzuki AFF akan menjadi milik kami pada tahun ini apabila dapat mengalahkan Malaysia.

"Biarpun saya tahu berdepan Singapura bukan satu perlawanan yang mudah tetapi keyakinan saya cukup tinggi yang kami mampu melakukannya kali ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121215/su_06/Schafer-pandang-remeh-keputusan-pengadil#ixzz2FHYtrfKm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...