Menurutnya, penyerang Thailand itu perlu disekat daripada menerima bola jika Malaysia mahu memastikan laluan ke final pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok, esok.
"Teerasil bijak mengambil peluang. Kami perlu sentiasa memerhatikan pemain ini kerana dia amat berbisa di depan pintu gol.
"Kami perlu memberi tentangan kepada Thailand pada perlawanan di Bangkok. Kami tidak harus takut untuk melancarkan serangan dan memenangi perlawanan di padang lawan.
"Dalam masa yang sama kami tidak boleh memberikan ruang lagi buat Teerasil," katanya.
Skuad negara berdepan tugas berat di Stadium Supachalasai, esok apabila membenarkan Thailand bangkit untuk seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.
Jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 belum cukup buat Malaysia muncul sebagai pemenang apabila Teerasil Dangda memadamkan ke lebihan skuad negara pada minit ke-79.
Dengan satu jaringan yang dicuri oleh Thailand di sini Ahad lalu, Harimau Malaya perlu menang atau se kurang-kurangnya seri dengan keputusan melebihi dua gol di Bangkok.
Teerasil menyempurnakan peluang gol Thailand menerusi tandukan yang berpunca daripada hantaran silang yang menewaskan Farizal.
Untuk aksi esok, Datuk K. Rajagobal pastinya mengharapkan Norshahrul meneruskan bisanya di depan gol selepas menjaringkan gol pertama peribadi dalam kejohanan kali ini Ahad lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121212/su_04/Jangan-beri-Teerasil-ruang#ixzz2Eoe0xSQP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan