Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 11 Disember 2012

Aidil tekad tebus kesilapan

12 Disember 2012


GERAM menyaksikan pemain Thailand meraikan kejayaan mengikat skuad Harimau Malaya 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Ahad lalu masih belum reda buat pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
Katanya, mereka tidak boleh mengulangi kesilapan sama, melepaskan gol pada hujung permainan andai ingin melepasi halangan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai menentang skuad Gajah Perang itu esok.

“Memang pemain agak geram dengan keputusan perlawanan sebelum ini dan kami mahu memberikan aksi terbaik pada perlawanan kedua untuk layak ke final,” katanya yang ditemui selepas sesi latihan semalam.
Aidil yang bergandingan bersama Mohd Fahli Shas di bahagian tengah gagal mengekang penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda untuk menjaringkan gol penyamaan selepas Malaysia mendahului menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

Menurut pemain berusia 25 tahun itu, aksi di gelanggang lawan tidak menjejaskan semangat mereka kerana kebanyakan pemain dalam skuad kali ini sudah menempuh pengalaman lebih sukar ketika menjuarai Piala AFF dua tahun lalu.

“Kami biasa bermain di luar, di Jakarta (final 2010), kami bermain di depan penyokong yang lebih ramai dan bukan masalah kepada semua pemain.” Sementara itu, penyerang negara, Mohd Safee Sali pula berharap akan kembali diturunkan dalam kesebelasan utama esok selepas hanya beraksi sebagai pemain gantian pada perlawanan separuh akhir pertama.

emenang Kasut Emas 2010 itu yang baru pulih daripada kecederaan hamstring hanya berjaya menjaringkan satu gol setakat ini dan berharap akan lebih tenang untuk mendapatkan kembali sentuhan pemusnahnya.

“Mungkin sebelum ini saya terlalu memikirkan pasal kemenangan pasukan dan perlu lebih tenang selepas ini. Kecederaan sudah semakin pulih dan harap dapat diturunkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...