Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 14 November 2012

Rajagobal Kecewa Persembahan Skuad Harimau Malaya

15 November 2012


SHAH ALAM: Jurulatih negara Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan sebahagian besar pemain bimbingannya pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong yang menyaksikan mereka terikat 1-1 di Stadium Shah Alam, malam Rabu.
Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-58menerusi Mohd Safee Mohd Sali sebelum Hong Kong menyamakan kedudukan pada minitke-88 menerusi pemain gantian, Lam Hok Hei.
Rajagobal berkata pasukan negara nyata gagal menandingi tempo permainan yanglebih agresif dan laju yang dipamerkan oleh pemain pasukan pelawat.
"Saya kecewa dengan sebahagian pemain malam ini yang mana mereka tidak bermain pada tahap sebenar mereka namun kini saya nampak karakter beberapa pemain dalam skuad saya.
"Kita gagal mengekalkan rentak menyerang selepas mendapat gol pertama dan saya lihat bahagian tengah skuad kebangsaan kerap kehilangan bola dan membuat hantaran yang tidak tepat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Nada sama turut diluahkan oleh Mohd Safee yang menyifatkan keputusan seri pada perlawanan itu adalah mengecewakan namun beliau tidak mahu menyalahkan rakan sepasukannya.
"Walaupun saya menjaringkan gol tetapi saya gagal membantu pasukan mencatatkan kemenangan dan bagi saya, setiap pemain termasuk saya gagal mempamerkan aksi terbaik masing-masing pada malam ini," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Hong Kong, Kim Pan Gon berkata pasukannya berpeluang untuk menang dengan persembahan menarik yang dipamerkan oleh anak buahnya d an mengganggap keputusan seri itu merupakan satu bonus kepada pasukan itu.
"Pasukan saya layak mendapat keputusan ini walaupun kami berpeluang untuk menang kerana kami bermain dengan cara yang lebih agresif dalam mendapatkan gol.
"Saya lihat pemain saya kelihatan lebih komited dan bermain dengan sebaik mungkin untuk menang," katanya.
Skuad Harimau Malaya bakal menamatkan aksi persahabatan menentang Bangladesh di stadium yang sama pada 20 Nov ini. BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...