Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 24 November 2012

Piala AFF: Harimau Malaya perlu tampil garang

25 November 2012 (20 November 2012)


shabery
$entry.content.caption.value
GARANG bertarung - begitulah aksi yang dipinta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek daripada skuad Harimau Malaya, dalam misi mempertahankan kejuaraan pada saingan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung di sini, bermula Ahad ini.
  
Ahmad Shabery berkata, setiap pemain perlu bersikap positif terhadap kritikan dan kebimbangan pelbagai pihak mengenai prestasi skuad Harimau Malaya bagi memastikan usaha mempertahankan kejuaraan itu terlaksana.
  
"Sudah tentu remuk hati rakyat Malaysia jika mereka lihat pasukan kebangsaan kalah pada peringkat awal. Kita telah lihat prestasi pasukan kita ketika menentang Thailand, Vietnam dan Hong Kong baru-baru ini yang mana tidaklah begitu memberangsangkan.
  
"Bagaimanapun ia bukan alasan untuk kita tidak memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan kerana itu adalah perlawanan pemanas badan bagi menentukan barisan terakhir sebelum saingan sebenar," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan 10 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), hari ini.
  
Ahmad Shabery berkata, beliau optimis pasukan kebangsaan mampu mempamerkan permainan yang kompetitif dan peluang untuk mempertahankan kejuaraan adalah cerah.
  
"Pada peringkat awal saingan Piala AFF Suzuki yang lepas, pasukan kebangsaan tewas 1-5 kepada Indonesia tetapi akhirnya kita menjadi juara. Saya masih positif bahawa kita dapat mempertahankan kejuaraan dan kita tidak mahu dikecewakan," katanya.
  
Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.
  
Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  
Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...