Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 29 November 2012

Hidup mati bertemu Laos

29 November 2012 (28 November 2012)



K. RajagoBal serius memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain skuad kebangsaan dalam latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Skuad negara akan menentang Laos dalam perlawanan kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

KUALA LUMPUR - Tidak ada keputusan lain kecuali menang ke atas Laos, itulah janji dan harapan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang pertemuan kedua peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Bagi meraih kemenangan dalam perlawanan yang amat penting itu, Rajagobal bertekad untuk melakukan perubahan besar-besaran termasuk kesebelasan pemain, intensiti permainan lebih tinggi dan tempo jauh lebih berkesan.

Katanya, Laos adalah pasukan yang bagus, selepas melihat mereka berjaya mencatat keputusan seri ketika bertemu Indonesia dalam perlawanan pertama Ahad lalu, namun pemainnya harus fokus serta melupakan kekecewaan aksi pertama apabila mereka kecundang kepada Singapura 0-3.

"Kita tidak bermain dengan baik selepas melepaskan tiga gol ketika bertemu Singapura dalam perlawanan pertama, saya terima kekalahan tersebut dan tidak menjangkakan perkara buruk seperti itu akan berlaku.

"Bagaimanapun saya ingin bertanya kepada anda semua adalah kita perlu terus berasa risau tentang keputusan tersebut atau memberi perhatian terhadap pertemuan seterusnya bertemu Laos? Saya seorang pejuang dan saya tidak akan berputus asa," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Jelasnya, esok (hari ini) semua akan lihat perubahan yang bakal dilakukannya dan dia telah memberitahu kepada seluruh pemainnya bahawa akan ada pertukaran selepas aksi longlai dalam perlawanan pertama Ahad lalu.

"Seperti kata Nicholas James Vujicic yang tidak mempunyai tangan dan kaki, jika anda jatuh berjuta kali bangun dan teruskan langkah maju ke depan. Saya memberitahu kepada pemain akan melakukan perubahan dan saya sangat serius, apa yang saya kata, saya akan lakukan.

"Pemain saya sangat profesional, saya memberitahu mereka akan ada perubahan dan bersedia untuk melakukan arahan yang akan saya berikan, saya percaya pengurus pasukan dan penolong jurulatih memahami apa yang bakal saya lakukan nanti. Pemain hanya perlu masuk ke dalam padang dan beraksi sebaik mungkin," katanya.

Jurulatih berusia 56 tahun itu berkata, Laos dilihat mempunyai keazaman yang tinggi dalam kempen AFF Suzuki kali ini mereka sentiasa melakukan serangan balas dan jika hilang bola akan berusaha keras merampasnya semula.

"Kita tidak boleh pandang mudah pasukan kelayakan seperti Laos dan Myanmar ketika mereka beraksi di peringkat kumpulan, kita perlu menghormati mereka tetapi saya tetap yakin kita mampu mengatasi mereka esok (hari ini).

"Kita perlu terus ke depan dan saya akan mengambil tanggungjawab ini sebagai jurulatih, pemain juga perlu bertanggungjawab di atas padang. Mengenai penyokong, mereka harus mencontohi penyokong Indonesia yang terus memberi sokongan walaupun mereka tewas dalam perlawanan akhir pertama pada AFF 2010.

"Mereka sangat patriotik ketika itu. Saya tidak boleh melakukan apa-apa jika penonton kurang pada perlawanan kedua nanti. Saya sangat patriotik, sebarang tanggapan dan kritikan terpulang kepada diri masing-masing.

Tambahnya, semua rakyat Malaysia perlu ingat bahawa pasukan bimbingannya telah melakukan perubahan besar dalam tempoh 20 tahun termasuk menjuarai AFF Suzuki 2010 dan kejayaan tersebut tidak harus dilupakan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121128/su_01/Hidup-mati-bertemu-Laos#ixzz2DcUWo8IJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...