Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 15 November 2012

'Harimau Malaya akan bangkit'

16 November 2012

Shah Alam: Tatkala skuad Harimau Malaya semakin tertekan menjelang misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 bermula 25 November ini, pemain paling senior dalam pasukan, Safee Sali tetap yakin dia dan rakan sepasukan mampu bangkit pada kejohanan sebenar nanti.

Safee, 28, berkata, keyakinan itu berdasarkan skuad Harimau Malaya kali ini dibarisi barisan terbaik dan terkuat berbanding skuad yang agak pincang ketika bergelar juara, dua tahun lalu. 

Saya yakin dengan diri saya dan rakan sepasukan lain kerana saya fikir kita kini memiliki barisan yang terkuat. Tapi memang keputusan seri ini mengecewakan kerana kita memang nak menang bertemu Hong Kong. 


Sementara masa yang ada ini, kita perlu kaji semula kelemahan pada tiga aksi persahabatan sebelum ini dan cuba baiki pada aksi terakhir bertemu Bangladesh (Selasa ini). Saya sudah lama dengan pasukan dan kenal pemain, kami mampu bangkit pada kejohanan sebenar, kata Safee ketika ditemui selepas perlawanan.

Tatkala prestasi hambar skuad kebangsaan ketika ini, Safee bagaimanapun berjaya membuktikan dirinya sudah mula menemui sentuhan pemusnah dengan status penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Sebagai penyerang, memang tugas saya menjaringkan gol dan apabila berjaya, rasa sedikit lega dan kurang bebanan. Tapi saya tetap perlu bantu pasukan, beri semangat kepada rakan lain untuk sama-sama bangkit.

Saya dengan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) tiada masalah, malah sudah nampak peningkatan dalam setiap perlawanan. Insya-Allah pada kejohanan sebenar, kami akan beraksi lebih baik, jelas Safee. 
Sementara itu, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menyifatkan kesilapan dia dan Aidil Zafuan Radzak menghadiahkan gol penyamaan Hong Kong sebagai pengajaran paling berguna yang tidak akan diulangi pada kejohanan sebenar nanti.

Ia lebih kepada salah faham antara kami berdua. Kami pasti akan fikir balik dan belajar daripada kesilapan itu. Memang kecewa. Tapi dalam bola sepak, apa pun boleh berlaku dan kami tetap perlu positif memandang ke hadapan, ujar Khairul Fahmi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...