Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 24 November 2012

Corak agresif jadi pilihan

25 November 2012 (24 November 2012)



Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan amanat kepada pemain-pemain pasukan kebangsaan semasa meninjau latihan mereka di padang Wisma FAM dekat Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Menjelang sehari lagi sepak mula Piala Suzuki AFF 2012, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar) akhirnya menemui ilham menamakan sebanyak 22 pemain negara.

Beliau menggugurkan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan pertahanan berpengalaman, Irwan Fadzly Idrus di samping Zaquan Adha Abdul Razak yang mengalami kecederaan.

Percaturan yang dilakukan oleh Rajagobal bermakna beliau mahu memberikan lebih ruang kepada penyerang muda, Hazwan Bakri sekali gus memberikan lebih banyak pilihan di barisan serangan antaranya Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani.

Menurut Rajagobal, keputusan itu mengikut keperluan pasukan yang telah memiliki bilangan pemain pertahanan yang mencukupi.

"Buat masa ini saya mempunyai tujuh pemain pertahanan dan sekiranya Irwan ada, kemungkinan kita ada lapan pemain pertahanan.

"Selepas kehilangan Zaquan Adha, saya dapati Khyril (Muhymeen) boleh menunjukkan prestasi baik di posisi sayap kanan dan kita bernasib baik dia boleh bermain di dua posisi dan atas sebab itulah saya menggugurkan Irwan," katanya yang ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Dengan ketiadaan Irwan, Rajagobal akan bergantung harap sepenuhnya kepada tiga pemain pertahanan tengah iaitu Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak, Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Faizal Muhammad.

Di posisi bek kiri, beliau sudah mempunyai Azmi Muslim dan Mohd. Zubir Azmi yang boleh disandarkan harapan sementara bek kanan bakal diisi antara Bunyamin Umar atau Mahalli Jasuli.

Selain mempunyai ramai pemain pertahanan, Rajagobal berkata, beliau mahu memberikan tumpuan kepada barisan serangan dan atas sebab itu dia menyenaraikan Hazwan dalam senarai 22 pemain.

"Hazwan saya lihat mempunyai peranan tersendiri dalam pasukan kerana dia selain menjadi penyerang, dia juga boleh memberi sokongan kepada penyerang.

"Dia masih muda tetapi tidak menjadi satu alasan untuk tidak menyenaraikannya dan sebagai jurulatih, saya perlu membuat keputusan.

"Saya juga mempunyai Fakri yang bukan sahaja boleh bertindak selaku penyerang tetapi boleh bermain di kedua-dua bahagian sayap (kiri dan kanan), malahan dia mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121124/su_01/Corak-agresif-jadi-pilihan#ixzz2DCPisJRl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...