Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 24 November 2012

Aksi persahabatan bukan penentu skuad 22 pemain

25 November 2012 (22 November 2012)


PETALING JAYA - Ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal menolak andaian bahawa perlawanan pemanas badan terakhir menentang Bangladesh malam ini, bakal menjadi penentu pemilihan skuad 22 pemain ke Piala Suzuki AFF yang bermula Ahad ini.

"Tidak semestinya perlawanan itu akan menentukan 22 pemain terakhir kerana apa sahaja boleh berlaku dalam lima hari sebelum menentang Singapura (aksi sulung Malaysia dalam Kumpulan B) walaupun saya sudah mempunyai bayangan siapa mereka itu.

"Kita tengoklah nanti. Mungkin juga pemain yang tiada dalam skuad ini sekarang, dipanggil semula," katanya yang turut menolak andaian bahawa tempat Farizal Marlias, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Izham Tarmizi Roslan sudah pun terjamin kerana kuota tetap kejohanan dengan tiga penjaga gol.

Pengguguran dua lagi pemain daripada senarai 24 orang ketika ini kemungkinan besar berkisar kepada barisan serangan yang mengandungi Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Hazwan Bakri, Zaquan Adha Radzak dan Ahmad Fakri Saarani selain seorang pemain bahagian tengah.

Jelas Rajagobal, sebelum ini beliau juga sudah mendaftarkan 35 nama pemain kepada penganjur Piala Suzuki AFF termasuk yang pernah digugurkan, yang boleh dipanggil menggantikan mana-mana pemain sekarang yang ditimpa kecederaan serius sekiranya Malaysia melepasi Kumpulan B yang turut mengandungi Laos dan naib juara 2010, Indonesia.

"Setiap pasukan memandang kejohanan ini dengan lebih serius berbanding sebelumnya. Saya juga tidak mahu pasukan kita diletakkan sebagai pilihan, cukuplah kami turun sebagai juara bertahan dan mempamerkan tahap permainan yang meningkat," katanya.

Tanpa berniat untuk meragui anak buahnya ekoran keputusan hambar persahabatan, baru-baru ini selain cuba mengurangkan tekanan, Rajagobal berkata: "Dalam Sukan SEA dan AFF lalu pun saya tidak janjikan pasukan kita juara tetapi saya tahu barisan kali ini merupakan yang terbaik berbanding yang lalu."

Bangladesh yang menduduki ranking ke-171 dunia berbanding 163 milik Malaysia, dilaporkan hanya tiba di ibu negara kira-kira pukul 10 malam tadi dan cuma dijangka sempat menjalani satu sesi latihan sahaja pagi ini, beberapa jam sebelum perlawanan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121120/su_02/Aksi-persahabatan-bukan-penentu-skuad-22-pemain#ixzz2DCFKkKLb 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...