Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 12 Julai 2012

Rosyam Mahu Pasarkan Balistik Ke Hong Kong, Taiwan & Thailand

12 Julai 2012

Rosyam Mahu Pasarkan Balistik Ke Hong Kong, Taiwan & Thailand


Negara kita akhir-akhir ini dihujani dengan pelbagai filem aksi. Namun, adakah filem aksi tempatan hanya layak disiarkan dalam negara sahaja?

Baru-baru ini, syarikat produksi Suhan Movies & Trading dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF) melancarkan filem aksi Balistik yang menyaksikan gabungan pelakon Melayu dan Cina tanah air.

Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading, Rosyam Nor menyatakan gabungan dua bangsa ini diharapkan dapat menarik lebih ramai penonton di kalangan bangsa Melayu dan Cina.

“Saya harapkan sekurang-kurangnya, 30% penonton berbangsa Cina akan menonton filem ini di panggung,” kata Rosyam Nor di majlis pelancaran filem aksi Balistik di Subang Jaya.

Selain itu, kerjasama dengan ATF juga membuka peluang untuk filem ini dipasarkan ke luar negara.

“Suhan Movies & Trading bertanggungjawab memasarkan filem ini ke seluruh negara. Tapi dengan kerjasama ATF, kami mencari peluang untuk memasarkan Balistik ke Hong Kong, Taiwan dan Thailand,” kata Rosyam Nor.

Rosyam menambah, ATF berhasrat untuk mengajak artis Malaysia berlakon untuk pasaran luar negara.

“Selepas filem Balistik, diharap lebih banyak filem-filem tempatan yang dapat dipasarkan ke luar negara,” katanya.

Filem Balistik dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rosyam Nor, Jack Lim, Jeff dan Gan Mei Yan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...