Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 17 April 2012

Sandiwara SMS Cerai Rita Rudaini-Aidil Zafuan

18 April 2012

Sandiwara SMS Cerai Rita Rudaini-Aidil Zafuan


KL, 12 APRIL 2012: Murai Batu pasti semua orang masih memperkatakan tentang kemenangan pelakon Aaron Aziz di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Macam-macam isu telah timbul tentang kemenangan aktor dari Singapura itu.

Namun, dalam semua orang memperkatakan tentang isu kemenangan Aaron Aziz, Murai Batu telah dikejutkan dengan laporan sebuah akhbar tempatan sepanjang dua hari lalu yang mengatakan pelakon Rita Rudaini telah pun menerima SMS akan diceraikan oleh suaminya, Aidil Zafuan.

Akhbar Utusan Malaysia pada 10 April lalu memberi tahu, Rita Rudaini yang sedang menyambut hari jadinya yang ke-36 pada 11 April lalu, telah menerima SMS dari suaminya yang bertulis: "Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak."

Hari ini pula ketika Murai Batu membelek akhbar Berita Harian, Aidil Zafuan dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut telah mengakui yang dia sememangnya telah memfailkan permohonan cerai melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, kelmarin.

Sedih Murai Batu baca kedua-dua artikel itu, mungkin itulah jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga pasangan ini yang berlaku sekian lama sehingga menjadi perhatian ramai.

Menurut Rita Rudaini dalam akhbar Utusan Malaysia, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya", kata Rita Rudaini dalam akhbar berkenaan.

Rita juga mendakwa, bahawa suaminya itu tidak pulang menjenguk anak-anak di rumah, serta tidak menghiraukan soal makan minum dan nafkah lain terhadap dirinya dan dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1.

Sementara itu Aidil dalam akhbar Berita Harian bagaimanapun telah menafikan kenyataan Rita tersebut.
"Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

"Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja. Saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka," katanya yang sedikit kesal dengan kenyataan isterinya itu.

Mengulas lanjut hubungannya dengan keluarga Rita, Aidil yang juga abang kembar kepada seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha, berkata dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga mentuanya dan mereka bukan penyebab dia memfailkan permohonan cerai.

Hai, macam-macam permainan takdir hari ini. Murai Batu harap kedua-duanya terus tabah dan kisah mereka ini dapat kita jadikan iktibar dan panduan hari ini.

Semoga kedua-duanya menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Murai Batu: Teringat seorang teman yang kini menjadi bahan jenaka kerana nama sebenarnya sememangnya Mat Harun dan kini dia terus dikaitkan dengan Aaron Aziz.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...