Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 11 April 2012

Rita Rudaini Tawar Hati Dengan Sikap Aidil

12 April 2012

Rita Rudaini Tawar Hati Dengan Sikap Aidil


Selepas ‘menghilang’ diri selama empat bulan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak akhirnya menfailkan permohonan cerai kepada isterinya, pelakon Rita Rudaini. Lebih memilukan, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Aidil melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), sehari sebelum ulangtahun kelahiran Rita yang ke-36.
“Alhamdulillah saya okay, bersyukur dan saya tak terkejut pun mengenai perkara ini. Saya ada peguam jadi saya serahkan semuanya kepada peguam. Dulu pun dia pernah failkan juga tapi mungkin Allah tak mengizinkan lagi waktu itu. Secara jujur saya cakap, hidup saya kini tenang dan gembira di samping anak-anak,” ujar Rita ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahunnya di Hotel Royale Chulan, petang semalam.
“Saya sebenarnya dah letih nak cakap benda ini sebab dah banyak kali berlaku. Jika ikutkan masalah yang menimpa rumahtangga saya dah tak terkira tapi ini merupakan kali ketiga gelombang besar dalam perkahwinan saya.

“Pada mulanya memang sedikit terasa kenapa Allah tak henti-henti bagi semua ini kepada saya, tapi saya percaya Allah sentiasa bagi ujian pada orang yang mampu menghadapinya. Saya juga percaya pada Qada dan Qadar. Ini semua dah tertulis dalam hidup saya, kahwin di sempadan, dikurniakan dua cahayamata dan saya terima semua ini dengan redha.”

Apabila ditanya apakah punca kemelut yang berlaku, Rita memberitahu, “Saya tak nak cakap apa-apa. Saya pun tak tahu apa punca sebenarnya. Mungkin sebab dari awal lagi agaknya saya kahwin tanpa restu. Bagi saya, hanya Allah saja yang mengetahui segala-galanya dan Allah saja yang boleh balas segala-galanya. Kebenaran akan terbukti dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama.

“Cuma apa yang saya boleh katakan, sebagai isteri, saya perlukan seorang lelaki yang tegas untuk melindungi saya dan anak-anak. Saya juga nak lelaki yang tak lari dari masalah bila ada sesuatu terjadi, tapi saya tak dapat benda itu. Saya pula yang ditinggalkan,” ujar Rita mengakui hatinya sudah tawar dengan Aidil.


“Sepanjang empat tahun kami berkahwin, apa yang saya boleh cakap, bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari. Dulu pun hampir bercerai, tapi saya terima balik. Saya bertahan selama ini sebab mahukan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

“Namun, jujur saya cakap, hati saya dah tawar. Dah lama dah sejak kes pertama dulu. Buat masa ini, saya memang kecil hati sangat-sangat sebab tak sanggup orang buat begini kepada anak-anak saya. Apa-apapun, jika ini takdirnya, saya redha. Saya tak menyesal dengan apa yang berlaku. Buat Aidil, terima kasih atas segalanya dan bagi saya dua cahayamata ini. Baru saya tahu kenapa Allah kurniakan anak lelaki kepada saya, sebab mereka berdualah yang akan menjaga saya nanti.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...