Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 14 Februari 2012

Rajagobal panggil Safee untuk aksi persahabatan

15 February 2012

Safee Sali



KUALA LUMPUR - Tanpa menghiraukan Liga Super Indonesia yang tidak diiktiraf Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia, Safee Sali tetap mendapat kepercayaan jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal dalam skuad 27 pelatih bagi perlawanan persahabatan menentang Filipina.

'Harimau Berantai Malaya' yang turut beraksi dengan kelab liga itu, Pelita Jaya, disenaraikan semula di samping penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha Radzak (Angkatan Tentera), Manaf Mamat (Terengganu) dan Ahmad Shakir Md. Ali (Negeri Sembilan).

Mereka bakal bertandang ke Stadium Peringatan dan Balapan Rizal, Manila bagi persahabatan 29 Februari ini setelah mengadakan kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari Ahad ini hingga 22 Februari dan sehari kemudian ke Kota Kinabalu, Sabah selama dua hari.

Satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super Sabah juga dijadualkan pada 24 Februari di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebagai menggantikan Arab Saudi yang masih membisu dengan pelawaan awalnya bermain di Melbourne, Australia sehingga memaksanya dibatalkan.

Senarai pelatih yang dikeluarkan semalam, turut 
menamakan tiga pemain Harimau Muda A yang masih berjuang dalam pusingan ketiga Kelayakan Olimpik Kumpulan C meskipun tidak berpeluang ke temasya itu lagi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mahalli Jasuli dan Fadhli Shas.
Mahalli dan Fadhli di samping Ahmad Shakir, Khairul Fahmi, Muslim Ahmad serta Zubir Azmi bagaimanapun dibenarkan melapor diri pada 23 Februari kerana turut disenaraikan ke skuad Kelayakan Olimpik menentang Jepun di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sehari sebelumnya.
Muka baru tunggal dalam skuad pelatih kebangsaan kali ini ialah pemain Sabah, Shahrudin Yakup sementara mereka seperti Bunyamin Umar, G. Mahathevan, Faizal Muhamad dan S. Subramaniam mahupun Shakir Shaari merupakan antara yang pernah dipanggil dan digugurkan Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih skuad Kelayakan Olimpik, Ong Kim Swee mengetepikan penjaring tunggal ketika ditewaskan Bahrain 2-1 di Manama, 5 Februari lalu - Ahmad Hazwan Bakri dan Gary Steven Robbat daripada senarai 23 pelatih yang dipanggil ke kem latihan pusat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil mulai hari ini.

Namun kebanyakan pemain pasukan Harimau Muda kendaliannya yang baru-baru ini menewaskan Gombak United 2-0 dalam Liga Singapura, turut disenaraikan termasuk Syahrul Azwari Ibrahim yang terlepas ke Manama kerana kecederaan selain Izuan Solahuddin.

Anak buah Kim Swee kini menghuni tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata dan hanya menyumbat tiga gol selepas ditewaskan Jepun 2-0 di Tosu, Syria 2-0 dan Bahrain 3-2 (Bukit Jalil) selain 2-1 di Manama yang turut menyaksikan Wan Zack Haikal dikenakan kad merah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...