Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 3 Julai 2011

Bola Sepak: Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014

04 Julai 2011


KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua di Stadium Taipeh, Taiwan, malam Ahad.
Malaysia, yang mengalah Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di StadiumNasional Bukit Jalil, Rabu lalu, melangkah ke pusingan seterusnya denganperaturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4. Kejayaan skuad Harimau Malaya itu membolehkan anak buah Datuk K. Rajagobalbertemu Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik itu pada 23 Julai ini.
Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalildi sini pada 28 Julai ini.
Singapura mendapatkan 'bye' pada pusingan pertama kelayakan zon Asia.
Pada perlawanan malam Ahad, Malaysia bermula dengan rentak agresif dangerakan teratur membuahkan hasil seawal minit ketujuh menerusi Mohamad AidilZafuan Abd Radzak.
Mohamad Aidil melakukan rembatan kencang dari sepakan percuma hampir darikawasan tengah padang selepas kapten pasukan, Safiq Rahim dikasari pemain lawan.
Tersentak dengan jaringan awal tersebut, Taiwan menggandakan asakan danmemperoleh jaringan penyamaan menerusi penyerangnya, Chang Han pada minit ke-30 yang mengalahkan penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Bagaikan tidak mahu tunduk dengan keputusan 1-1 itu, Malaysia terusmelancarkan serangan ke kubu lawan dan berjaya mendapatkan gol kedua negaraselang sembilan minit kemudian menerusi hasil sepakan percuma Safiq Rahim. Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama apabilaTaiwan dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh pemain tengah, Chen Po Liang pada minit ke-43 akibat kealpaan pertahanan dengan Mahali Jasuli mengasari Chen dalam kotak penalti.
Pada babak kedua, Taiwan mula menukar corak permainan dengan melancarkanserangan bertali arus sekaligus memberi tekanan kepada benteng pertahanannegara.
Benteng pertahanan negara dan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee bagaikanterus diuji bertalu-talu dan Taiwan sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti kali kedua oleh pengadil apabila Mohamad Fadhli Mohd Shas mengasari Chen namun Mohd Sharbinee berjaya menyelamatan sepakan penalti oleh Chen pada minit ke-61.
Bagaimanapun kelegaan sementara tersebut bertukar tragedi apabila pengadilVietnam itu sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kali ketiga kepada tuanrumah gara-gara Mohd Sharbinee Allawee didakwa mengasari Chen.
Xavier Tsan Yuan pantas memanfaatkan peluang tersebut untuk jaringan ketigatuan rumah pada minit ke-74.
Bagaikan tersentak dari lamunan, skuad Harimau Malaya bangkit mencaripenyamaan dengan membuat serangan namun corak permainan Taiwan yangbanyak bertahan selepas gol ketiganya tidak membuahkan gol buat pasukan negara.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejakpertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 untuk kejohanan diJerman.
Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.
MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mohd Asraruddin Putra Omar, MohamadFadhli Mohd Shas (Mohamad Muslim Ahmad), Mahali Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Mohd Amirulhadi Zainal (S. Chanthuru), S. Kunanlan, Abdul Hadi Yahaya (Ahmad Fakri Saarani), Norshahrul Idlan Talaha. 
TAIWAN: Lin Po Cheng (Wei Sheng Hsin), Chang Yung Hsien, Lin Cheng Yi (ChenPo Hao), Chen Yu Lin, Xavier Tsan Yuan, Tsai Hsien Tang, Lo Chih An (Wu Pai Ho), Chan Che Yuan (Wu Chun Ching), Chen Po Liang, Chang Han, Lo Chih En. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...