Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 16 Jun 2011

‘Jangan kacau mereka’

17 Jun 2011


GIGIH...Baddrol Bahtiar (kiri)  ‘mengasak’ Rajagobal ketika  sesi  latihan skuad bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
GIGIH...Baddrol Bahtiar (kiri) ‘mengasak’ Rajagobal ketika sesi latihan skuad bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
“JANGAN ada pihak mengatakan pemain skuad Harimau Malaya atau Olimpik terbabit dengan rasuah. Kami sudah menjaga mereka dengan elok selama ini”
Luahan itu disuarakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga pengurus skuad senior negara, Datuk Subahan Kamal yang menafikan sekeras-kerasnya selepas terdapat laporan mengatakan gejala tidak bermoral itu merebak sehingga membabitkan pemain negara.

“Mungkin apa yang berlaku sekarang adalah kes terpencil. Jangan kata ia membabitkan pemain negara. Saya memohon pihak media tidak mengaibkan skuad negara atau Olimpik yang berjuang habis-habisan untuk negara,” katanya pada satu sidang media di Wisma FAM bersempena pelancaran tiket khas untuk aksi Harimau Malaya menentang Arsenal pada 13 Julai ini.
Tambahnya, FAM kini dalam proses membina kembali semula skuad negara untuk disegani di pentas antarabangsa selepas kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009.

“Saya harap perkara ini tidak akan menyebabkan pemain berputus asa dan lebih banyak lagi kejayaan yang badan induk bola sepak negara rancang bagi meraih kegemilangan lebih tinggi,” katanya.

Skuad senior negara di bawah bimbingan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal kini menjalani latihan pusat bagi persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun ini menentang Taiwan manakala skuad Olimpik yang bersaing merebut tiket ke temasya London 2012 di bawah kendalian Ong Kim Swee pula berdepan Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua Ahad ini.
Sementara itu, Subahan turut menganggap kedatangan tiga kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (Arsenal, Liverpool dan Chelsea) pada bulan depan adalah satu penghormatan kepada skuad Harimau Malaya kerana sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya menaruh keyakinan kita mampu menewaskan salah satu daripada tiga lawan ini kerana yakin dengan kemampuan pemain muda yang dimiliki selain prestasi semasa dan sekiranya berlaku ia akan menjadi kebanggaan negara ,” katanya.

Selepas mengharungi pusingan kedua Piala Dunia di tempat lawan pada 3 Julai, anak-anak buah Rajagobal akan memulakan aksi menentang tiga kelab Inggeris itu bermula dengan Arsenal (13 Julai), Liverpool (16 Julai) dan Chelsea (21 Julai).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...