Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 19 April 2011

Godaan Ayu Raudhah

20 April 2011


SELAMA ini peminat mengenali Ayu Raudhah menerusi watak putih dalam lakonannya apabila sering diberikan watak gadis lemah lembut dan bersopan santun. Karakter ini melekat diingatan peminat, sekali gus menyukarkannya mempelbagaikan watak sedangkan setiap pelakon perlu berbuat demikian.
Bagaimanapun, peluang yang dinantikan adik kepada Rozita Che Wan ini akhirnya tiba menerusi drama Pabila Syaitan Berbisik yang akan menemui penonton menerusi TV1, jam 10.30 pagi pada 22 April. 
Lumrah kehidupan yang ada sisi hitam dan putihnya, Ayu membawakan watak jahat sebagai Julia, gadis kampung lupa daratan yang sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.

Cerita ini bermula dengan kehidupan Is dan Zulaikha yang bahagia sebagai suami isteri, namun segala-galanya berubah dengan kehadiran Julia, anak kawan baik mereka Karim. Julia yang sukakan kemewahan menjadi lupa diri apabila mendapat layanan istimewa dari Is dan Zulaikha apabila menetap dengan mereka di Phnom Penh (PP), Kemboja.

Demi kemewahan, Julia sanggup meninggalkan kekasihnya, Brian kerana perselisihan pendapat. Malah, dia juga tergamak memperlekeh�kan Brian yang masih belum stabil dari segi kewangan. Dia bukanlah tidak mampu untuk memperoleh kesenangan hidup dengan titik peluhnya sendiri kerana dia gadis yang pintar, tetapi dia memilih untuk mendengar bisikan syaitan dan memilih jalan mudah untuk senang.

Tidak terkecuali juga Is, yang bahagia di dalam rumah tangganya yang dilayari bersama Zulaikha hampir 21 tahun memilih untuk mengikut hawa nafsunya dan tewas pada godaan Julia. Julia sanggup menghina dan memperkecilkan Zulaikha yang selama ini menjaganya bagaikan anak sendiri.

Namun, sudah hukum karma, kebahagiaan Julia tidak lama apabila Is mati dan meninggalkan Julia yang baru dinikahinya seorang diri dalam keadaan mengandung. Pada masa itu Zulaikha telah pun pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama Khalif kerana ingin mengubat hatinya yang luka atas perbuatan Is dan Julia.

Walaupun sudah kematian suami, Julia masih angkuh dengan kemewahannya. Dia kembali ke Malaysia untuk tinggal bersama bapanya Karim, bagaimanapun dia bersikap kurang ajar dengan bapa kandungnya ini apabila Karim menyuruhnya meminta maaf dengan Zulaikha. Setelah gagal dan tidak sefahaman dengan bapanya, Julia pergi menemui bekas kekasihnya Brian untuk mendapat sokongan.

Namun, Brian tidak melayan permintaannya kerana dia kini gembira dan bahagia bersama Tina. Menyedari yang dia kini sebatang kara dan mengandung, Julia bertekad mendapatkan harta Is untuk menampung masa depannya. Alangkah kecewanya apabila usahanya gagal kerana Is tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.

Ketika inilah dia meng�alami tekanan yang amat sangat dan kemurungan yang melampau. Namun, pera�ngainya masih belum berubah sehinggalah dia terjatuh dan mengalami pendarahan yang menggugat nyawanya. Pada masa itulah Julia mengalami pengalaman sakaratul maut. Bagaimanakah kesudahan cerita menarik ini? Turut sama berlakon drama ini ialah pelakon terkenal Dato’Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Remy Ishak dan Hafizudin Fadzil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...