Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 20 April 2011

Fokus Perubatan : Dato’ Dr. Ramlan - Zaquan Tidak Harus Mengalah

20 April 2011

Tiga kali mengalami kecederaan berulang di lutut kirinya, menimbulkan rasa ‘frust’ yang teramat dalam diri Zaquan Adha Abdul Razak, penyerang terbilang negara, yang ketika ini berdepan prospek terpaksa bersara awal andai kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dialaminya, tidak dapat disembuhkan.

Meskipun pemain berusia 24 tahun ini sendiri belum mahu berputus asa, dan berazam mencuba sedaya upaya untuk bebas daripada belenggu kecederaan dan kembali beraksi secepat mungkin, hakikat bahawa beliau perlu berehat lebih lama daripada jangkaan, perlu tetap diterima.

Pengarah Institut Sukan Negara, Dato’ Dr. Ramlan Abdul Aziz, mengakui ramai atlet sanggup bersara awal apabila mengalami masalah kecederaan berulang, apatah lagi proses pemulihan memerlukan disiplin dan dedikasi yang tinggi, selain mengambil banyak masa dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

“Saya ni optimis, selagi ada daya dan usaha, seseorang itu tidak harus menyerah kalah dan menerima sesuatu hakikat hanya selepas menerokai segala segi dan tahap. Secara prinsipnya, pembedahan dilakukan untuk mengembalikan seseorang atlet ke latihan gigih dan pulang ke kancah pertandingan secepat mungkin, tetapi semestinya SELEPAS PROSES PEMULIHAN YANG LENGKAP DAN SEMPURNA..”.

“Paling cepat kami buat adalah 5 bulan... TEtAPI YG ELOK ANTARA 6-9 BULAN supaya bukan sahaja pulih dari pembedahan tetapi kerja suaian fizikal mesti juga digabungkan seawal mungkin. Dari segi psikologi dan kawalan berat badan adalah penting juga supaya atlet berjaya memberi tumpuan yg diperlukan utk mengambil selangkah demi langkah, dan mengambil kira aspek2 lain yg boleh juga menjejaskan prestasinya kelak atau melambatkan "return to sport"..”, jelas beliau.

Sebelum ini, Dr.Ramlan pernah menerajui pemulihan pemain badminton Lee Wan Wah selepas merujuknya kepada pakar ortopedik untuk pembedahan “ACL Reconstruction’’ dan hasilnya, Wan Wah masih bermain badminton di tahap antarabangsa walaupun sudah bersara dari pasukan kebangsaan.

Justeru, bagi kecederaan berulang, contohnya dalam kes kekoyakan separa menjadi lebih teruk, yang memerlukan “ACL Reconstruction”, Dr.Ramlan berkata adalah amat penting pemulihan dikendalikan dengan cemerlang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...