Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 28 Mac 2011

Siapa 'jodoh' skuad Olimpik?

29 March 2011



KIM SWEE (kiri) mengakui perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 akan menjadi detik paling penting bagi hala tuju masa depan skuad negara.




LAWAN skuad bola sepak Olimpik kebangsaan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bagi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan bakal diketahui petang esok.
Namun apa yang pasti, lawan skuad bawah 22 tahun negara itu bukanlah pasukan mudah berdasarkan ranking pasukan yang disusun mengikut prestasi pada pusingan kelayakan dan pusingan akhir Sukan Olimpik 2008.
Malaysia di ranking ke-19 daripada 24 pasukan akan di- letakkan dalam Kumpulan 2 bersama-sama Vietnam, Kuwait, Thailand, Oman, UAE, Iran, Yemen, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan (ranking 13 hingga 24).
Manakala 12 pasukan teratas (1 hingga 12) akan diletakkan dalam Kumpulan 1 iaitu Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria, Lebanon dan Uzbekistan.
Apa yang pasti, lawan Malaysia pada pusingan kedua itu hanyalah dari kala- ngan 12 pasukan Kumpulan 1 dengan kebarangkalian besar untuk berdepan negara Arab (Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Lebanon) atau negara Asia Timur (Korea Selatan, China, Jepun, Korea Utara).
Bagi Kim Swee, 41, perlawanan pertama pusingan kedua pada 19 Jun depan bakal menjadi detik paling penting bagi menentukan hala tuju skuad negara yang dibarisi majoriti pemain dari skuad Harimau Muda A.
“Mana-mana pasukan yang akan kita jumpa sudah tentu mempunyai kekuatan masing-masing. Tiada beza andai kita jumpa Korea Selatan, Jepun, Uzbekistan mahupun Qatar.
“Cuma pasukan-pasukan dalam Kumpulan 2 termasuk Malaysia akan beraksi di tempat lawan dahulu sebelum beraksi di tempat sendiri pada 23 Jun depan dan ini mahu saya jadikan satu kelebihan.
“Kita perlu atur strategi bagi memastikan perlawanan pertama berakhir dengan keputusan memihak kepada kita, tidak kiralah kita berjaya mengikat pasukan tuan rumah atau tewas dengan jaringan tipis.
“Ini kerana saya yakin para pemain kita mampu memberikan aksi dan keputusan lebih baik apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan kedua,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Malaysia layak ke pusingan kedua setelah menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama bulan lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Shah Alam sebelum seri 0-0 pada aksi kedua di Lahore.
Kim Swee yang turut mengemudi skuad Harimau Muda A bakal mengharungi aksi padat sembilan perlawanan Liga Super sepanjang April ini bermula pertemuan dengan Kelantan di Kota Bharu, Jumaat ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...