Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 24 Januari 2011

Keluarga Restu Pilihan Zaquan

25 Januari 2011

Umar, Haimi Menang Pusingan Pertama TLTBSS


ALOR SETAR, 24 JANUARI 2011: Tiada kata dapat digambarkan betapa leganya perasaan keluarga pengantin sebelah lelaki, Abd Razak Bin Salleh, 61, serta isterinya Azizah Binti Arshad, 58, selepas melihat selesainya majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan anak mereka, Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dengan Ayu Raudhah Binti Che Wan, 25.

"Alhamdulillah, syukur sangat-sangat semuanya sudah selesai. Hati saya terasa seperti sudah terlepas dari satu beban yang berat dengan selesainya majlis akad nikah dan resepsi ini. Perjalanan yang jauh kami dari Paroi, Negeri Sembilan ke Alor Setar Kedah ini berakhir dengan selamat. Syukur ke hadrat Allah," kata Abd Razak yang ditemui portal murai.com.my.

Ketika ditanya tentang perasaannya menerima Ayu sebagai menantu, Abd Razak menjelaskan: "Semua ini adalah kehendak Tuhan, dia yang menentukan rezeki, jodoh dan ajal kita. Sebagai bapa, saya redha dengan pilihan Zaquan untuk memperisterikan Ayu.

Abd Razak bagaimanapun enggan mengulas tentang situasi dan ketidak hadiran menantunya yang seorang lagi, aktres Rita Rudaini yang merupakan isteri kepada kembar Zaquan, Aidil Zafuan.

"Tentang perkara itu, saya tak ingin ulas apa-apa buat masa sekarang. Bukan masa yang sesuai lagi" jelasnya.
Sementara itu, isteri Abd Razak, Azizah nyata sebak apabila menyaksikan anak lelakinya itu kini bergelar suami orang.

"Saya tak sangka, sejak kecil lagi dia bermain bola, saya lihat perkembangannya sehingga menyertai pasukan Negeri Sembilan dan skuad negara, tiba-tiba kini dia dah sah menjadi suami orang. Macam mimpi pula, semuanya berlalu dengan pantas," jelas Azizah sambil menitiskan air mata.

Untuk majlis resepsi sebelah lelaki yang akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan, pada 30 Januari ini, Abd Razak berkata majlis berkenaan akan diadakan dalam suasana sederhana tapi meriah.

"Cukuplah sekadar sederhana saja, tak perlu majlis besar-besaran kerana yang penting itu niat", ujarnya sambil medoakan kebahagiaan buat anaknya serta menantu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...