Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 21 Januari 2011

Ayu Raudhah, Zaquan sah bergelar suami isteri

22 Januari 2011


Zaquan Adha dan Ayu Raudhah selamat diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.



ALOR SETAR 21 Jan. - Pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Ayu, 27, dan Mohd. Zaquan, 24, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah. Pada majlis itu Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31.

Majlis akad yang bermula pada pukul 3.30 petang itu disaksikan oleh ibu bapa Mohd. Zaquan, Azizah Arshad dan Abd. Razak Abdul Radzak Salleh serta ibu Ayu, Zabedah Saat, anggota keluarga dan rakan kedua-dua mempelai.
Turut kelihatan kembar Mohd. Zaquan, Aidil Zafuan serta kakak kepada Ayu yang juga pelakon terkenal, Rozita Che Wan.

Pada majlis tersebut, Mohd. Zaquan melafazkan sekali akad nikah sebelum menandatangani surat nikah dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Ayu kelihatan berseri-seri mengenakan baju kurung moden berwarna kuning air dan bertudung litup sementara Mohd. Zaquan pula tampan mengenakan baju Melayu warna sedondon serta bersamping.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Mohd. Zaquan yang dilihat mengalirkan air mata sebaik akad nikah selesai memberitahu, beliau bersyukur dan gembira majlis tersebut berjalan lancar.

"Perasaan gembira dan bersyukur ini sangat berbeza ketika di gelanggang. Sangat berdebar-debar tetapi alhamdulillah semuanya lancar.

"Saya berharap ia yang pertama dan terakhir buat kami dengan kasih sayang sepanjang hayat," katanya yang dijangka kembali beraksi untuk skuad Negeri Sembilan pada Mac ini.

Ditanya tentang lokasi bulan madu, kata Ayu, mereka belum membuat sebarang perancangan memandangkan Mohd. Zaquan kini terikat dengan jadual latihan bola sepaknya.

"Tengoklah bila dia cuti nanti, baru kami akan fikir-fikirkan lokasinya," katanya.

Pasangan tersebut bertunang pada 17 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya setelah setahun bercinta.

Dalam pada itu, majlis persandingan diadakan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 8 malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak kebangsaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...