Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 21 Januari 2011

Ayu Raudhah selamat diijab kabul

22 Januari 2011


MOHD ZAQUAN ADHA menyarungkan cincin ke jari    Ayu Raudhah selepas  diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.
MOHD ZAQUAN ADHA menyarungkan cincin ke jari Ayu Raudhah selepas diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR: Pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak di Masjid Sultanah Bahiyah di sini, semalam. 

Ayu Raudhah atau nama sebenar Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 27, dan Mohd Zaquan Adha, 24, dinikahkan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamil Abdul Jamil berwalikan abang pengantin perempuan, Rosidi Che Wan dengan mas kawin RM1,888 pada jam 3.45 petang.


Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna krim pada majlis akad nikah berkenaan yang dihadiri kira-kira 100 tetamu, termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.


Turut sama memberi restu ialah ibu Ayu Raudhah, Zabedah Saat; ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Abdul Radzak Salleh dan Azizah Arshad. 

Sejurus diijabkabulkan, Mohd Zaquan Adha yang kelihatan sebak menitiskan air mata ketika berpelukan bersama ibu bapa, termasuk kembarnya, Mohd Aidil Zaquan, yang turut berada di sisinya sepanjang majlis berkenaan. 

Pada majlis itu, Mohd Zaquan Adha turut menyarung cincin di jari isterinya ketika acara membatalkan air sembahyang. Majlis persandingan berlangsung malam tadi di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di sini, yang dihadiri lebih 1,000 jemputan. 

Ketika ditemui, Mohd Zaquan Adha menyuarakan rasa syukur kerana majlis akad nikah berkenaan berjalan dengan lancar. 
“Hari ini (semalam) adalah hari yang begitu mendebarkan, sukar hendak membayangkan perasaan saya,” katanya. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...