Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 22 April 2014

Aidil & Zarema Sah Suami Isteri, Nora Danish & Nedim Jadi Pembawa Dulang Hantaran

22 April 2014

Aidil & Zarema Sah Suami Isteri, Nora Danish & Nedim Jadi Pembawa Dulang Hantaran
Tanggal 14 Mac pasti akan sentiasa tersemat di ingatan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal setiap tahun di mana tarikh ini telah dipilih untuk mengakhiri cinta mereka dengan ikatan pernikahan yang sah.
Diraikan bersama dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai tiga hari lepas, pasangan sejoli ini nampak sangat bahagia di majlis yang penuh bersejarah itu.
Malah, sahabat karib Zarema, Nora Danish juga tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis pernikahan tersebut dan turut serta menjadi ‘dulang girls‘. Menariknya, Nedim juga nampak segak berbusana biru selaku ketua ‘dulang boys‘.
Aidil & Zarema Sah Suami Isteri, Nora Danish & Nedim Jadi Pembawa Dulang Hantaran
Nora Danish merupakan salah seorang pengiring Zarema
Bagaimanapun, caption sekeping foto yang dimuatnaik oleh Nora Danish menerusi laman Instagram telah menarik perhatian para peminat sehingga timbul sedikit salah faham.
“Setiap manusia pasti akan melalui pahit dan manis dalam kehidupan, begitu juga kami berdua yang berada disisi pengantin. Setiap senyuman dan tangisan kami pada hari ini, semuanya jelas diatas sifat penuh kesyukuran kerana pengorbanan adikku yang tidak pernah putus.
Ye, kita hanya boleh melihat pada luaran, yang menanggungnya, MasyaAllah belum tentu kita dapat tempuh. Yakin pada pertemuan mereka yang telah dirancang Oleh Nya, adikku Emma tak pernah hilang rasa hormat pada pasangannya Aidil. Berbalik pada contoh yang terjadi pada diri saya, apabila hati ini redha dgn ketentuanNya.. akhirnya terjawab sudah kami bertemu jodoh yang sempurna utk diri kami insyaAllah.
Yakin dengan kuasa yang Maha Esa. Allah Maha Kaya. Kita hanya merancang Dia yang menentukanNya. Hidup cuma sekali dan jangan kita sia siakan Dengan perasaan benci pada sesama kita. Pabila diri ini penuh dengan perasaan kasih dan sayang InsyaAllah, yang lain akan datang dengan sendirinya. Amin. Doakan baik-baik untuk semua. #az4ever”
Aidil & Zarema Sah Suami Isteri, Nora Danish & Nedim Jadi Pembawa Dulang Hantaran
Namun, pelakon itu bijak mengawal situasi dan menjelaskan bahawa caption tersebut tiada kena mengena dengan mana-mana individu.
Apa yang diperkatakan oleh Nora Danish dalam ruangan komen itu dilihat ada asasnya kerana jodoh, ajal, maut dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Apapun, diharapkan agar pasangan ini sabar dalam melayari bahtera rumahtangga dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Mahu lihat lagi foto sekitar majlis pernikahan dan resepsi mereka? OHBULAN sediakan galeri khas untuk tatapan anda.
Kredit Foto : Wunderclique, Instagram Nora Danish & Nedim

Foto : Aidil Zafuan Dan Zarema Berbulan Madu Ke Krabi

22 April 2014

Foto : Aidil Zafuan Dan Zarema Berbulan Madu Ke Krabi
Mana-mana pasangan yang baru berkahwin pasti menginginkan percutian ke destinasi indah seperti Maldives, Bali dan banyak lagi. Namun, Kepulauan Krabi telah menjadi pilihan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal sebagai lokasi berbulan madu.
Tidak dapat dinafikan Krabi merupakan satu destinasi percutian yang sangat menarik, kerana keindahan pantai ditambah dengan desiran ombak yang pastinya memukau siapa saja yang kesana.
Kalau nak tahu, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga sekitar Mac lalu, tetapi mungkin kerana jadual Aidil yang padat sebagai pemain bola sepak, baru kini mereka berpeluang untuk honeymoon.
Foto : Aidil Zafuan Dan Zarema Berbulan Madu Ke Krabi
Melalui laman instagram milik Zarema, beberapa keping foto telah dimuat naik dan menunjukkan pasangan ini seronok berbulan madu dan tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai aktiviti menarik disana.
Selain menyelam skuba, mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati makan tengah hari di tepi pantai. Romantis kan?
Bahkan, selain bermain ombak ditepi pantai, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan Muay Thai yang terkenal di Thailand.
Apapun, kami doakan semoga pasangan merpati dua sejoli ini dimurahkan rezeki dan cepat dikurniakan cahaya mata. Kepada pembaca setia kami, jom kita lihat dulu foto-foto bulan madu Aidil dan Zarema.

Isnin, 31 Mac 2014

'Saya mampu beri RM2,000 sebulan' - Aidil Zafuan

1 April 2014 

'Saya mampu  beri RM2,000 sebulan' - Aidil ZafuanRita dan Aidil ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, semalam.
Petaling Jaya: Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu mahkamah semalam, beliau hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sebagai nafkah dua anak mereka.

Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu. 


Beliau berkata, terpulang kepada bekas isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit. 


“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.

“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” katanya.


Tuntut RM5,392 sebulan

Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.

Rita, 38, sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.

Aidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya.


Isu kereta Mercedes 

Pada prosiding itu juga, Mohd Zaidi turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.

Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.

Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit. 

Perbicaraan di depan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 9 dan 25 Jun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...