Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 23 Ogos 2014

Rita Rudaini ragu jika pengganti suami tidak sayang anak

23 Ogos 2014

KUALA LUMPUR: Kerana pengalaman dan kegagalan perkahwinan lalu, Rita Rudaini mengakui sudah malas memikirkan soal pengganti. Kebimbangan terbesar Rita saat ini andai dipertemukan dengan lelaki dan seterusnya bergelar kekasih dan suami ialah mampukah beliau menyayangi anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 3.
Menurut Rita, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengenang kisah lalu kerana sudah terlalu lama menderita dengan perkahwinan yang pernah dibina. Rita bercerai dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak 5 September 2013.
"Benar hingga saat ini, persoalan yang sering bermain di fikiran andai saya berkahwin lain pada masa akan datang ialah mampukah lelaki itu menyayangi anak saya dengan ikhlas. Anak nyawa saya. Saya jadi takut kalau lelaki itu tak boleh sayang anak saya seperti mana saya sayangkan mereka.
"Memang kalau sentuh bab anak, air mata saya boleh bergenang. Sensitif jadinya. Pernah kalau saya naik suara dan memarahi mereka, akhirnya saya yang rasa kesal dan serba salah. Perasaan itu selalu menerpa terutamanya saat saya lihat mereka sedang tidur nyenyak di rumah.
"Di dunia ini, mereka tiada siapa lagi ..hanya saya. Sesekali perasaan itu terbang jauh mengenangkan masa depan mereka bila sudah besar nanti. Tapi selagi saya masih hidup, saya akan cuba untuk memberikan kasih sayang dan tanggung jawab sebagai ibu sekali gus sebagai bapa kepada mereka. Insya-Allah," katanya.
Dalam perkembangan lain, keputusan kes tuntutan nafkah dua anak Rita yang difailkan terhadap bekas suami akan diketahui 10 Disember depan di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya. Mengikut Rita, dia agak kesal kerana bekas suami terlalu berkira dalam soal berkenaan.
"Yang dia (bekas suami) tahu sebelum ini hanya 'buat anak' tapi tak tahu bertanggungjawab. Daripada dia habiskan duit bayar khidmat peguam untuk kes mahkamah ini lebih baik dia bagi duit itu kepada anaknya. Hingga saat ini, anak saya nak sekolah pun dia tak ambil tahu.
"Janjinya nak bagi duit sekolah anak dan bayar pembantu rumah pun tinggal janji. Malah dia pernah janjikan anak saya nak belikan itu dan ini tapi semuanya tak dipenuhi. Memang saya mampu sara anak tapi apa bahagian dan tanggung jawabnya sebagai bapa.
"Daripada dulu lagi, sebagai contoh persiapan raya, saya yang sediakan termasuk untuknya sendiri. Bukan nak ungkit cuma apabila dia nak lawan kes tuntutan nafkah ini, nampak sangat dengan anak yang memang darah dagingnya pun dia berkira," katanya.
Rita turut menjelaskan ramai orang yang hanya tahu kutuk dan cakap pandai saja apabila kes mahkamah serta keretakan rumah tangganya berterusan.
"Cuba anak mereka sendiri kena macam saya lalui. Nasib anak saya ada ibu yang mampu beri keselesaan. Cuba kalau saya hanya suri rumah dan tak bekerja, agak-agaknya apalah nasib anak saya. Tidur bawah jambatan gamaknya dan nak ke sekolah pun tak boleh.
"Kalau ada yang cakap bekas suami beri RM2,000 sebulan untuk anak mencukupi, bayangkan tempat tinggal anak pun sewanya lebih daripada itu. Bayaran sekolah, makan pakai lagi macam mana. Semalam kedua-dua anak saya ke hospital demam dan muntah pun kosnya sudah mencecah RM700.
"Saya bawa mereka ke pusat perubatan Prince Court kerana mahukan yang terbaik untuk anak. Anak sakit, hati kita memang susah. Kalau anak dia sendiri pun pastinya dia mahu tempat terbaik. Iyalah dia memang nak yang ada kelas saja," katanya.
Menurut Rita lagi, apa yang diperjuangkan beliau kini untuk tuntutan nafkah anak kerana berfikiran logik serta waras.
"Sebab dia mampulah, saya tuntut hak ini. Lainlah kalau dia kerja biasa memang tak logiklah kalau saya minta lebih. Mungkin dia sudah lupa kasih sayang anak kepadanya dulu. Tunggulah satu hari nanti, doa anak yang teraniaya jangan dibuat main," katanya.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Tiada Istilah Kumpulan Maut Buat Harimau Malaya - Afandi

08 Ogos 2014

Dollah (kanan) diberi tugas mengendalikan pasukan kebangsaan negara.
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Tiada istilah "Kumpulan Maut' buat Harimau Malaya meskipun diundi bersama-sama juara bertahan Singapura, tiga kali juaraThailand dan pemenang pusingan kelayakan kejohanan pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 dari 22 November hingga 20 Disember di Singapura dan Vietnam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata kesemua pasukan yang diundi dalam kumpulan berkenaan mempunyai kekuatan sama rata.

"Walaupun kita diundi bersama Singapura dan Thailand, namun pada saya tiadaistilah 'Kumpulan Maut' dalam kejohanan itu nanti. Semua pasukan ada kelebihan masing-masing.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil mudah keupayaan pasukan lawan, apa yang penting kita fokus dan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri PerbadananPengurusan Sisa Pepejal Awam (PPSPA) Negeri Kelantan bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa pada Khamis.

Afandi berkata FAM yakin skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Dollah Salleh mampu mencipta kejutan kepada semua pasukan pada kejohanan itu.

"Dengan ada ramuan pemain lama dan baharu dalam pasukan, Dollah dijangka mampu membentuk gandingan mantap menjelang kejohanan itu nanti.

"Saya optimis Harimau Malaya mampu melangkah ke pusingan kedua nanti dan kita tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan lawan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Afandi menyokong penuh pelantikan Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai bendahari baharu badan induk bola sepak negara itu.

"Saya yakin dan percaya pengalaman yang dimiliki oleh beliau mampu memperkasa lagi pengurusan kewangan FAM selain beliau yang merupakan akauntan bertauliah serta pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (ISN) dan timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)," katanya.

Tidak amal sikap 'berat sebelah'

08 Ogos 2014

SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Jumaat lalu sebagai persiapan menentang Tajikistan di Dushanbe malam ini.


MASA jelas mencemburui pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh menjelang kempen Piala Suzuki AFF 2014 yang akan membuka tirainya pada November depan.
Hanya memiliki tempoh kurang empat bulan demi memenuhi sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke pentas final, ia bagaimanapun bukan bermakna Dollah mengambil jalan mudah dalam menentukan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada kempen dwi-tahunan itu nanti.
Sebaliknya, beliau enggan bersikap 'berat sebelah' dan nekad memberikan peluang sama rata kepada kesemua pelatih kebangsaan membuktikan kemampuan masing-masing, bermula ketika berdepan Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Dushanbe, malam ini.
"Tiada istilah kesebelasan utama. Bagi saya, kesemua pelatih merupakan pemain utama pasukan kebangsaan.
"Jadi, saya akan memberikan peluang sama rata bagi setiap pemain membuktikan kemampuan dalam setiap aksi persahabatan sebelum saingan Piala Suzuki AFF bermula," katanya kepada Kosmo! semalam.
Pada edisi ke-10 kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan, Singapura selain Thailand serta juara kumpulan kelayakan dalam Kumpulan B dan bakal beraksi di Stadium Nasional, Singapura.
Aksi Kumpulan A di Stadium Mydinh, Hanoi pula melibatkan tuan rumah bersama yang juga juara edisi 2008 - Vietnam bersama Filipina, Indonesia dan naib juara peringkat kelayakan.
Mengulas lanjut, Dollah juga mengakui bersemangat untuk memburu kemenangan sulung sebagai jurulatih skuad kebangsaan menjelang pertemuan berdepan Tajikistan malam ini.
"Ia bukan sekadar aksi persahabatan kerana kami memiliki objektif tersendiri sebagai persiapan ke kempen Piala Suzuki AFF.
"Lagipun, saya hanya berpeluang mengumpul semula kesemua pelatih pada September depan, jadi kami tidak ke sini (Tajikistan) untuk tewas," kata Dollah.
Dollah berkata, beliau turut berharap pemain dapat segera pulih daripada keletihan ekoran tempoh penerbangan yang panjang tempoh hari selain segera menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik di bumi Dushanbe.
"Kesemua pemain juga bersedia diturunkan kerana bebas daripada sebarang kecederaan, jadi saya harap semua pihak dapat mendoakan kejayaan kami kali ini," kata beliau.
Dollah, 51, yang dilantik secara rasmi sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya pada 28 Jun lepas bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal telah memulakan tugasnya mengendalikan sesi latihan bermula Jumaat minggu lepas.
Ketika ini, Malaysia berada di kedudukan ke-151, manakala Tajikistan di tempat ke-124 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz39miIbvYu 
Hakcipta terpelihara 

Rabu, 6 Ogos 2014

Zaquan Adha minta 'kiss' dari gadis cantik menerusi WeChat

06 Ogos 2014

Zaquan Adha minta 'kiss' dari gadis cantik menerusi WeChat
Zaquan Adha - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan apabila Astro Gempak terbaca mengenai berita ini. Khabarnya kembar kepada pemain bola sepak negara Aidil Zafuan pula bermain cinta dengan gadis muda.

Zaquan Adha yang juga suami kepada pelakon terkenal ‘kantoi’ bermain cinta dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat.

Seorang pembaca didakwa telah mengirimkan e-mel kepada blog hiburan Rotikaya.com dan mendedahkan kemesraan Zaquan dan seorang gadis cantik.

Gadis tersebut yang tidak diketahui namanya itu juga telah memuat naik beberapa keeping screenshot perbualannya dengan Zaquan di Moments.

Antara yang paling menjadi perhatian ialah apabila Zaquan bertanya kepada gadis tersebut “I xnak Kiss?”

Astro Gempak telah mendapatkan kebenaran daripada blog Rotikaya untuk berkongsi gambar tersebut bersama pembaca semua:

Zaquan Adha,cinta,We Chat

Sementara itu, Astro Gempak telah mendapatkan reaksi Ayu Raudhah iaitu isteri kepada Zaquan.

“Saya cuma nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dia, saya tahu akaun WeChat suami saya.

“Dan sebenarnya saya sudah tahu mengenai perkara tersebut sebelum gambar tersebut tersebar kerana wanita bernama Miranda Kerr memberikan foto screenshot itu kepada saya,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi portal Oh Bulan!

Bagaimanapun kata Ayu dia terkejut apabila perkara tersebut diketahui media kerana menjangkakan selepas wanita tersebut memberi screenshot terbabit, semua perkara telah selesai.

“Miranda Kerr juga turut memberitahu saya rakannya yang sering berbalas mesej dengan suami saya.

“Dia rasa bertanggungjawab untuk bagitahu saya. Tapi media pula tahu hal ini,” ujarnya.

Bagaimanapun Ayu tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini” katanya lagi.

Aidil Zafuan kekal terajui skuad Harimau Malaya

06 Ogos 2014

Aidil Zafuan kekal terajui skuad Harimau Malaya
Pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak kekal menerajui skuad Harimau Malaya sebagai ketua pasukan menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan. Gambar FB Aidil Zafuan FC
KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak kekal menerajui skuad Harimau Malaya sebagai ketua pasukan menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada Jumaat ini.

Jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata pemilihan Aidil Zafuan adalah berdasarkan pengalaman dan prestasi konsisten yang dipamerkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu, di samping keserasian beliau dengan anggota pasukan lain.

"Selepas perbincangan dengan penolong jurulatih dan beberapa yang lain, kita sebulat suara mengekalkan Aidil sebagai ketua pasukan dan Amri (Amri Yahyah) sebagai penolong ketua pasukan.

"Ia adalah berdasarkan pengalaman, karakter Aidil dalam padang yang boleh mengarahkan pemain dengan baik. Dari segi prestasi, saya agak selesa dengan cara Aidil bermain," katanya ketika ditemui di Wisma FAM di sini, hari ini.

Aidil Zafuan, 27, mengambil alih tugas ketua pasukan daripada Safiq Rahim sepanjang tahun ini ketika skuad Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Datuk Ong Kim Swee.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dushanbe, Tajikistan hari ini untuk menentang skuad dari Asia Tengah itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dollah yang mengakui masih 'belum cukup puas' dengan tahap kecergasan pemain, berkata ia bukan alasan untuk pasukan kebangsaan tidak mencipta sesuatu pada perlawanan itu.

"Saya tidak ada masalah untuk membentuk satu pasukan kerana mereka (pemain) semua dah berpengalaman cuma dari segi kecergasan sahaja masih belum cukup.

"Yang pasti kita pergi ke sana tidak mahu sebagai team belasahan dan pastikan kita akan buat sesuatu," katanya.

Walaupun masih belum mengenali pasukan lawan yang 'misteri' itu, beliau berkata pasukan yang berada di ranking ke-126 dunia itu dilihat sudah bersiap sedia untuk menentang Malaysia.

Mengenai barisan pemain, Dollah berkata kesemua 23 pemain yang disenaraikan termasuk Ronny Harun yang baru menyertai kem latihan menggantikan Bunyamin Umar, boleh disenaraikan antara kesebelasan utama.

"Cumanya, saya perlu pastikan kesebelasan pertama yang terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.
Sementara itu, Aidil Zafuan berkata beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Dolah untuk terus menerajui skuad Harimau Malaya.

"Menjadi ketua pasukan adalah bonus dan ia satu tanggungjawab yang besar. Sebenarnya, saya lebih mengejar tempat dalam kesebelasan utama tapi saya hargai kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih," katanya.

Menurutnya apa yang penting ialah prestasi dan pencapaian pasukan pada perlawanan persahabatan kali ini untuk membaiki ranking di samping sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFF tidak lama lagi.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Selasa, 5 Ogos 2014

Belum Ada Bayangan Kesebelasan Utama Skuad Harimau Malaya Menentang Tajikistan

05 Ogos 2014

Jurulatih, Dollah Salleh (empat, kanan) memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain sebelum memulakan sesi latihan pertama beliau bersama pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh masih belum memberi bayangan senarai nama kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Dushanbe pada 8 Ogos ini.

Dollah ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pertama bersama 23 pemain, juga tidak memberi sebarang petunjuk sama ada akan mengekalkan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sebagai kapten pasukan.

"Bagi saya kesemua 23 pemain adalah kesebelasan utama, cuma dalam masa beberapa hari ini kita akan tentukan siapa pilihan kesebelasann utama untuk bermain menentang Tajikistan.

"Masa adalah terlalu singkat untuk latihan buat masa sekarang, kita hanya ada tiga hari sahaja lagi bagi jalani latihan pusat. Selepas itu pada Isnin bertolak ke Tajikistan," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dollah berkata walaupun waktu bagi jalani latihan sudah singkat namun beliau melihat para pemain sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus bersedia.

Beliau tidak mahu menjadikan kekangan masa sebagai alasan kepada tahap prestasi pemain.

"Memang ada perasaan risau dengan lawan kita sebab ranking mereka adalah lebih baik berbanding kita namun jika pasukan saya dapat ikut apa yang diajar saya, segalanya tidak mustahil," katanya.

Seramai 23 pemain yang diumumkan sebelum ini akan ke Tajikistan bagi menghadapi perlawanan persahabatan tersebut namun tanpa Muhd Bunyamin Omar yang mengalami kecederaan lutut terpaksa diganti oleh Ronny Harun.

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada rangka persediaan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala AFF Suzuki bermula November ini.

Sebagai ketua jurulatih baharu, Dollah berharap beliau mampu memberikan sedikit perubahan dari segi corak permainan kepada skuad pimpinannya itu.

Aidil Zafuan Kekal Terajui Skuad Harimau Malaya

05 Ogos 2014

Aidil Zafuan
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak kekal menerajui skuad Harimau Malaya sebagai ketua pasukan menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada Jumaat ini.

Jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata pemilihan Aidil Zafuan adalah berdasarkan pengalaman dan prestasi konsisten yang dipamerkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu, di samping keserasian beliau dengan anggota pasukan lain.

"Selepas perbincangan dengan penolong jurulatih dan beberapa yang lain, kita sebulat suara mengekalkan Aidil sebagai ketua pasukan dan Amri (Amri Yahyah) sebagai penolong ketua pasukan.

"Ia adalah berdasarkan pengalaman, karakter Aidil dalam padang yang boleh mengarahkan pemain dengan baik. Dari segi prestasi, saya agak selesa dengan cara Aidil bermain," katanya ketika ditemui di Wisma FAM di sini, Isnin.

Aidil Zafuan, 27, mengambil alih tugas ketua pasukan daripada Safiq Rahim sepanjang tahun ini ketika skuad Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Datuk Ong Kim Swee.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dushanbe, Tajikistan hari ini untuk menentang skuad dari Asia Tengah itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dollah yang mengakui masih 'belum cukup puas' dengan tahap kecergasan pemain, berkata ia bukan alasan untuk pasukan kebangsaan tidak mencipta sesuatu pada perlawanan itu.

"Saya tidak ada masalah untuk membentuk satu pasukan kerana mereka (pemain) semua dah berpengalaman cuma dari segi kecergasan sahaja masih belum cukup.

"Yang pasti kita pergi ke sana tidak mahu sebagai team belasahan dan pastikan kita akan buat sesuatu," katanya.

Walaupun masih belum mengenali pasukan lawan yang 'misteri' itu, beliau berkata pasukan yang berada di ranking ke-126 dunia itu dilihat sudah bersiap sedia untuk menentang Malaysia.

Mengenai barisan pemain, Dollah berkata kesemua 23 pemain yang disenaraikan termasuk Ronny Harun yang baru menyertai kem latihan menggantikan Bunyamin Umar, boleh disenaraikan antara kesebelasan utama.

"Cumanya, saya perlu pastikan kesebelasan pertama yang terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.

Sementara itu, Aidil Zafuan berkata beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Dolah untuk terus menerajui skuad Harimau Malaya.

"Menjadi ketua pasukan adalah bonus dan ia satu tanggungjawab yang besar. Sebenarnya, saya lebih mengejar tempat dalam kesebelasan utama tapi saya hargai kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih," katanya.

Menurutnya apa yang penting ialah prestasi dan pencapaian pasukan pada perlawanan persahabatan kali ini untuk membaiki ranking di samping sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFF tidak lama lagi.

Kemenangan Mampu Ubah Ranking Malaysia - Aidil

05 Ogos 2014

  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kapten kebangsaaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yakin perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Dushanbe Jumaat ini merupakan peluang untuk perbaiki kedudukan ranking dunia bagi Malaysia.

Pasukan Malaysia kini berada di ranking ke-151 dunia, manakala Tajikistan di tempat ke-124, namun Aidil percaya dengan kebolehan Harimau Malaya.

Sebelum ini Harimau Malaya gagal dalam aksi kelayakan Piala Cabaran AFC buat kali pertama tahun ini dan turut tewas 2-1 dalam perlawanan persahabatan bertemu Estonia pada Jun lalu.

"Kami perlu menang perlawanan ini bagi memperbaiki kedudukan ranking dunia...kami gagal beberapa kali sebelum ini, jadi ini merupakan satu perlawanan moral menjelang aksi Piala Suzuki AFF," jelasnya sebelum berlepas ke Dushanbe pada Selasa.

"Semua pemain mahu mempamerkan aksi terbaik kerana jurulatih Dollah akan memilih pemain bagi aksi Piala Suzuki AFF November ini.

"Saya yakin semuanya akan memberi 100 peratus untuk menang. Ia perlawanan sukar tetapi kami akan cuba yang terbaik."

Jurulatih baharu negara, Dollah Salleh mengekalkan Aidil sebagai kapten pasukan bagi aksi pertama kendaliannya ini.

Dollah berkata, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 27 tahun itu dipilih berdasarkan karektor, pengalaman serta kualiti kepimpinan.

"Saya gembira dengan lilitan kapten ini dan harap dapat menjalankan tugas dengan baik kepada pasukan," jelas Aidil.

Piala Suzuki AFF: Laluan Sukar Skuad Harimau Malaya

05 Ogos 2014

Malaysia dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pasukan Malausia diundi berada dalam kumpulan sukar pada aksi Piala Suzuki AFF yang akan dihoskan bersama oleh Singapura dan Vietnam pada hujung tahun ini.

Pada undian rasmi yang berlangsung di Hanoi pada Selasa, Harimau Malaya selaku juara 2010 mengiringi juara bertahan Singapura, juara tiga kali Thailand manakala satu slot lagi akan diisi oleh pemenang bagi pusingan kelayakan untuk Kumpulan B.

Manakala Vietnam, Filipina serta Indonesia diundi berada dalam Kumpulan A bersama naib juara pusingan kelayakan.

Lima pasukan yang akan berentap dalam saingan kelayakan adalah Myanmar, Laos, Kemboja, Brunei dan Timor Leste.

Myanmar menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pusingan kelayakan ini.

Dollah mahu menang

05 Ogos 2014

Kelana Jaya: “Bukan sekadar melengkapkan jadual persahabatan”.
Itu keazaman tinggi ketua jurulatih negara Dollah Salleh yang dilihat memburu permulaan positif dalam aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Tajikistan, Jumaat ini.

“Apa yang boleh saya katakan, kita akan cuba yang terbaik dan tidak ke sana untuk melengkapkan jadual persahabatan kerana kami mempunyai matlamat tersendiri. Selepas perlawanan ini saya hanya dapat mengumpul pemain pada September (pemain akan terbabit dalam saingan Piala Malaysia). Kami tidak pergi ke sana sebagai belasahan,” katanya.

Aksi persahabatan berkenaan tugasan pertama Dollah sejak dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya dan ia pastinya memberikan seribu makna kepada jurulatih berusia 51 tahun itu yang sudah mengecapi pelbagai kejayaan dalam kancah domestik.

Skuad negara yang berada di ranking ke-151 akan turun menentang lawan yang berada di kedudukan lebih baik, 124 dunia pada perlawanan di Stadium Central Rapublican, Dushanbe yang dilaporkan menggunakan padang rumput tiruan.

“Saya dimaklumkan kami akan bermain di atas padang rumput tiruan, jadi ia sedikit-sebanyak bergantung kepada kesesuaian pemain. Selepas beberapa hari menjalani latihan (di padang rumput tiruan di Persatuan Bolasepak Malaysia dan Majlis Sukan Negara), kaki beberapa pemain melecet.
Foto
DOLLAH (kiri) bersama jurulatih dan pegawai serta pemain skuad negara berangkat ke KLIA, semalam.
“Jadi saya tidak menjalankan latihan terlalu lama bagi mengelakkan keadaan lebih teruk. Saya tidak mahu timbul sebarang masalah sebelum perlawanan,” katanya.

Mengulas mengenai undian Piala AFF 2014 yang berlangsung hari ini, Dollah bersedia untuk berada dalam mana-mana kumpulan sama di Singapura atau Vietnam pada kejohanan yang dijadualkan bermula penghujung November.
“Saya rasa semua pasukan di Asia Tenggara mempunyai tahap tidak jauh berbeza. Tiada pasukan yang saya mahu elak, bagi saya bukan satu masalah kerana keutamaan mempersiapkan pasukan sendiri terlebih dulu,” katanya.

Skuad kendalian Dollah seramai 23 pemain berlepas ke Tajikistan semalam berdepan tugas berat pada Piala AFF 2014 nanti apabila diletakkan sasaran untuk melangkah ke final selepas muncul juara buat kali pertama pada 2010.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05


'Kami bukan pasukan pilihan'

05 Ogos 2014


BARISAN pemain skuad Harimau Malaya mula menjalani sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya Jumaat lalu.


PENGENDALI Harimau Malaya, Dollah Salleh (gambar kecil) lebih selesa anak-anak buahnya dilabel sebagai pasukan underdog pada kempen Piala Suzuki AFF 2014 yang akan membuka tirainya November depan.
Namun, beliau percaya anak-anak buahnya bersedia berdepan mana-mana pasukan dalam kempen dwitahunan itu nanti.
"Kami bukan pasukan pilihan (pada kempen Piala Suzuki AFF) kali ini. Berdasarkan persiapan, masa terlalu singkat jika dibandingkan dengan pasukan lain.
"Namun, kami bersedia beraksi dalam mana-mana kumpulan (ketika kempen Piala Suzuki AFF nanti)," katanya kepada pemberita pada sesi latihan terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum berlepas ke Tajikistan semalam.
Pada majlis undian Piala AFF 2014 di Hanoi, Vietnam hari ini, Singapura dan Vietnam yang merupakan tuan rumah di peringkat kumpulan akan diletakkan di dalam balang satu, sementara Thailand serta Indonesia berada dalam balang ketiga untuk ditentukan sama ada berada Kumpulan A atau B.
Selepas terkandas di peringkat separuh akhir pada kempen 2012, Harimau Malaya berdepan risiko untuk diundi bersama dua pasukan pilihan, Singapura dan Thailand pada kempen kali ini selepas diletakkan di dalam balang kedua bersama Filipina.
Lebih perit, Myanmar yang dijangka boleh memberikan cabaran sengit kepada pasukan negara boleh diundi bersama Harimau Malaya jika mampu menepati ramalan menjuarai pusingan kelayakan Piala Suzuki AFF yang akan diadakan di Laos bermula 12 hingga 20 Oktober depan.
Sejak diperkenalkan pada 1995, pencapaian terbaik skuad negara pada kempen Piala Suzuki AFF ialah muncul juara 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal selepas mengecewakan Indonesia menerusi agregat 4-2 di pentas final.
Dalam pada itu, Dollah juga menafikan bakal membuat eksperimen pemain menjelang aksi persahabatan berdepan Tajikistan di Dushbane, Jumaat ini.
"Ia merupakan sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan menjelang kempen Piala Suzuki AFF, jadi tidak timbul soal itu (eksperimen pemain)," kata beliau.
Skuad kendalian Dollah yang telah berkumpul dalam kem latihan sejak Jumaat lepas telah berlepas ke Dushbane petang semalam.
Mereka dijangka mengharungi perjalanan yang memenatkan apabila terpaksa melakukan dua transit - China dan Kazakstan sebelum dijadualkan tiba di Tajikistan hari ini.
Selepas bertemu Tajikistan, skuad Harimau Malaya dijadualkan mengharungi dua lagi aksi persahabatan iaitu berdepan Singapura pada 6 September sebelum menentang Jordan lima hari kemudian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz39WJ7BnDL 
Hakcipta terpelihara 

Aidil Zafuan kekal ketua pasukan Harimau Malaya

05 Ogos 2014

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak kekal menerajui skuad Harimau Malaya sebagai ketua pasukan menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada Jumaat ini.
Jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata, pemilihan Aidil Zafuan adalah berdasarkan pengalaman dan prestasi konsisten yang dipamerkan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu, di samping keserasian beliau dengan anggota pasukan lain. 

"Selepas perbincangan dengan penolong jurulatih dan beberapa yang lain, kita sebulat suara mengekalkan Aidil sebagai ketua pasukan dan Amri (Amri Yahyah) sebagai penolong ketua pasukan.

"Ia adalah berdasarkan pengalaman, karakter Aidil dalam padang yang boleh mengarahkan pemain dengan baik. Dari segi prestasi, saya agak selesa dengan cara Aidil bermain," katanya ketika ditemui di Wisma FAM di sini, hari ini.
Foto
AIDIL Zafuan (kanan) bersama Penolong Kapten Mohd Amri Yahyah. FOTO Osman Adnan

Aidil Zafuan, 27, mengambil alih tugas ketua pasukan daripada Safiq Rahim sepanjang tahun ini ketika skuad Harimau Malaya di bawah kendalian sementara Datuk Ong Kim Swee.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dushanbe, Tajikistan hari ini untuk menentang skuad dari Asia Tengah itu pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Dollah yang mengakui masih 'belum cukup puas' dengan tahap kecergasan pemain, berkata ia bukan alasan untuk pasukan kebangsaan tidak mencipta sesuatu pada perlawanan itu. 

"Saya tidak ada masalah untuk membentuk satu pasukan kerana mereka (pemain) semua dah berpengalaman cuma dari segi kecergasan sahaja masih belum cukup. 

"Yang pasti kita pergi ke sana tidak mahu sebagai team belasahan dan pastikan kita akan buat sesuatu," katanya. 

Walaupun masih belum mengenali pasukan lawan yang 'misteri' itu, beliau berkata pasukan yang berada di ranking ke-126 dunia itu dilihat sudah bersiap sedia untuk menentang Malaysia. 

Mengenai barisan pemain, Dollah berkata kesemua 23 pemain yang disenaraikan termasuk Ronny Harun yang baru menyertai kem latihan menggantikan Bunyamin Umar, boleh disenaraikan antara kesebelasan utama. 

"Cumanya, saya perlu pastikan kesebelasan pertama yang terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya. 

Sementara itu, Aidil Zafuan berkata, beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Dolah untuk terus menerajui skuad Harimau Malaya. 

"Menjadi ketua pasukan adalah bonus dan ia satu tanggungjawab yang besar. Sebenarnya, saya lebih mengejar tempat dalam kesebelasan utama tapi saya hargai kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih," katanya. 

Menurutnya apa yang penting ialah prestasi dan pencapaian pasukan pada perlawanan persahabatan kali ini untuk membaiki ranking di samping sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFF tidak lama lagi. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04

Sabtu, 2 Ogos 2014

Ayu Raudhah & Zaquan Adha Berhari Raya 2014 (9 Gambar)

03 Ogos 2014

Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha dan anak mereka di Hari Raya. Gambar penuh kami paparkan di bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...