Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 29 November 2013

Rabu, 27 November 2013

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

28 November 2013

Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?

Tidak dapat dinafikan bahawa Rita Rudaini memiliki rupa paras yang semulajadi jelita tanpa memerlukan solekan tebal.
Namun dalam diam sebenarnya terdapat seorang peminat yang menyedari wajah Rita seakan mirip pelakon terkenal Bollywood, Karisma Kapoor.
Dan daripada apa yang OHBULAN! perhatikan, memang terdapat sedikit persamaan pada wajah kedua-duanya, terutama sekali di bahagian hidung dan mata.
Peminat tersebut merujuk kepada sekeping gambar terbaru yang dikongsikan oleh Rita di laman Instagram miliknya semalam.
Foto: Rita Rudaini Dilabel Karisma Kapoor Malaysia?
Foto berkenaan merupakan salah satu isi kandungan majalah InTrend edisi Disember 2013 yang menampilkan ibu tunggal itu sebagai wajah muka hadapan.
Untuk makluman anda juga, penampilan Rita di dalam majalah tersebut kelihatan berbeza dan dari sinar matanya terserlah sisi kekuatan pelakon ini.
Menerusi InTrend edisi Disember juga, ibu kepada dua orang putera ini berkongsi pengalaman hidupnya selepas mengalami perceraian dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Mungkin ini salah satu cara Rita untuk menunjukkan bahawa dirinya lebih kuat daripada yang disangka.
Apapun, untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan beberapa keping foto Rita yang menghiasi muka hadapan majalah InTrend untuk tatapan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...